Projek Dekorasi Lobby Lif Rumah Flat

Ditulis oleh

Sudah menjadi adat hidup berjiran apabila segala perkara yang melibatkan aktiviti kejiranan dilakukan bersama-sama. Seperti yang dilakukan oleh penduduk rumah flat ini. Mereka bersama-sama telah melakukan satu dekorasi yang menarik ditempat tinggal mereka supaya ianya kelihatan cantik dan sedap mata memandang. Perkongsian pada kali ini adalah dari salah seorang penduduk dirumah flat itu yang bernama Tajul Izzat. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek dekorasi lobby lif rumah flat.

Jom sama-sana kita ikuti beberapa gambar perkongsian dekorasi kawasan ruang lobby yang dihasilkan oleh penduduk disitu.

Projek Dekorasi Lobby Lif Rumah Flat

 

Saya nak tunjuk deco rumah, rumah saya biasa-biasa sahaja. Rasa ini yang luar biasa. Deco lobby lift rumah flat 16 tingkat. Ada ke macam kami penduduk tiap-tiap tingkat mendeco lobby lif tingkat masing-masing mengikut kreativiti seperti ini?

Alhamdulillah berkat kerjasama dan permuafakatan, inilah hasilnya.

Lokasi : Blok D, Pangsapuri Sri Nilam Bandar Baru Ampang Selangor.

 

Inilah hasil dekorasi di Blok kejiranan rumah flatnya, Mereka sudah mula sedikit demi sedikit mendeco lobby lif tingkat masing-masing. Semuanya kelihatan cantik dan menarik mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

 

[foogallery id="32415"]

 

Gambar selebihnya dekorasi ruang lobby rumah flat tersebut.

 

[foogallery id="32443"]

 

Semoga semua blok dapat mendeco lobby lif kediaman masing-masing. Diharap ianya mampu menjadi ikutan semua penduduk rumah flat di suruh Malaysia untuk berubah ke arah yang baik dengan mencantikkan dan menjaga kebersihan persekitaran blok masing-masing bersama.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram