Deko Ruang Tamu Dinding Hijau - 5 Idea Warna Perabot Yang Sesuai

Ditulis oleh

Tentu anda tertanya-tanya, apakah warna yang paling sesuai untuk deko ruang tamu dinding hijau, kan? Kebiasaannya, ramai yang menggunakan hijau muda dan tidak ramai yang menggunakan warna hijau kerana tidak berani untuk padankan dengan warna-warna lain. Selain itu juga, kalau tidak pandai untuk guna warna tersebut, rumah anda akan nampak gelap dan tidak lapang. 

Namun, tahukah anda terdapat beberapa warna yang boleh digandingkan dengan warna hijau untuk menampilkan ruang tamu yang mewah, tenang dan menarik?

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana kami telah mengumpulkan beberapa kombinasi warna yang boleh padankan dengan dinding hijau. 

Idea Deko Warna Yang Sesuai Untuk Dinding Hijau

Antara warna perabot dan hiasan yang sesuai untuk dinding hijau adalah:

  • Warna Putih
  • Warna Biru
  • Warna Oren Dan Kelabu
  • Warna Kelabu Muda
  • Warna Coklat

1. Gaya Moden Dengan Gabungan Warna Putih Dan Hijau

dinding hijau
Kredit: bohlertmassey.com

Hijau dan putih adalah gabungan warna yang menarik dan tidak membosankan. Dengan tambahan, pokok ‘indoor’ yang hijau itu dapat menjadikan ruangan itu lebih menonjol dan tenang.

2. Kombinasi Warna Yang Berani, Hijau Dan Biru

Kredit: sofa.com

Biru dan hijau adalah gabungan warna yang susah untuk dipadankan, tetapi apabila anda lakukan dengan betul, ia amat cantik dan berani. Dengan adanya, tingkap besar yang membenarkan cahaya semula jadi dapat memastikan bilik ini tidak ditenggelami oleh warna hijau dan biru. Anda juga boleh cuba untuk gandingkan dengan karpet kelabu gelap untuk menjadikan ruang tamu anda lebih menarik. Untuk lebih banyak padanan karpet yang sesuai dengan dinding, lihat post kami Tips Memilih Warna Karpet Agar Harmoni dengan Cat Dinding.

3. Gabungan Warna Hijau, Oren Dan Kelabu

Kredit: Inspirations Paint

Oren adalah salah satu warna yang dapat menarik perhatian dan sangat sesuai jika digandingkan dengan hijau gelap. Kombinasi dua warna ini dapat menjadikan ruang tamu rumah anda nampak ‘elegant’. Tambahan hiasan seperti lampu dan bantal berwarna kelabu dapat menaikkan lagi ‘mood’ gembira pada ruangan ini.

4. Gabungan Warna Hijau Dan Kelabu Muda

Kredit: Interior Design Ideas

Gandingan hijau dan kelabu sesuai untuk semua gaya hiasan, daripada ‘moody dark kepada cahaya Scandinavia atau moden. Tambahan pula, kelabu adalah warna yang neutral dan sangat cantik jika dipadankan dengan mana-mana warna termasuk hijau. Dengan tambahan meja dan rak yang berwarna putih pada dinding dapat menambahkan lagi suasana yang tenang dan sejuk.

5. Warna Hijau Dan Coklat

Kredit: Ellen Vinbaek

Kombinasi dinding hijau yang sejuk dan perabot kulit coklat yang mengagumkan dapat menjadikan ruang tamu anda lebih menarik. Anda juga boleh menggunakan karpet yang bercorak berwarna putih untuk menambahkan lagi seri ruang tersebut dan menjadikan ruang tamu yang kecil nampak luas. Selain itu, tumbuhan hijau dapat menjadikan suasana pada ruang tamu sangat tenang dan selesa. Warna langsir hijau gelap dan bantal coklat muda dapat mengimbangi warna pada ruang tamu. 

Kesimpulannya, warna hijau memang sesuai untuk di cat pada dinding ruang tamu. Namun, anda haruslah memilih kombinasi warna yang sesuai untuk perabot dan hiasan yang ingin dipadankan bersama dinding hijau. Tidak semua warna boleh dipadankan dengan warna hijau, lebih-lebih lagi hijau gelap. Jadi, anda haruslah pilih warna hijau yang sesuai dan cuba ‘match’ kan dengan warna yang lain, seperti panduan yang telah kami berikan. 

Ruang tamu yang menarik bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada keluarga kita malah sekaligus dapat memberikan inspirasi kepada tetamu dan rakan anda! Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak.

Selamat Mencuba!

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 20, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram