Warna biru sama ada biru muda atau biru gelap adalah warna yang menakjubkan dan terkenal dengan kesan yang menenangkan pada ruang tamu rumah. Ia juga merupakan salah satu warna kegemaran ibu-ibu.
Untuk dinding warna biru gelap, anda perlu ada kemahiran dan panduan untuk padankan dengan warna lain kerana biru gelap akan membuatkan ruang tamu rumah anda nampak sempit.
Namun, anda jangan risau. Kami telah mencari dan mengumpulkan beberapa warna yang boleh dipadankan dengan warna biru gelap supaya ruang tamu anda nampak mewah dan luas. Antara warna yang sesuai untuk digabungkan dengan dinding warna biru adalah:
Merah jambu dan biru adalah gabungan warna yang amat hebat apabila dipadankan bersama. Ia kelihatan feminin dan sangat menarik! Kedua-dua warna ini boleh mengimbangi satu sama lain. Rona merah jambu yang hangat dapat mengatasi rona warna biru manakala warna biru dapat menghalang warna merah jambu daripada kelihatan terlalu manis. Antara warna lain yang boleh ‘match’ kan dengan kedua-dua warna ini adalah kuning dan hijau.
Warna biru dan kelabu adalah kombinasi warna yang sangat ‘popular’ untuk ruang tamu. Jika anda mahukan dinding warna biru gelap, padankan dengan perabot berwarna kelabu muda untuk menaikkan warna yang lebih mendalam.
Ia bukan sahaja kelihatan moden dan anggun malah ia juga sesuai jika dipadankan dengan perabot berwarna putih atau hitam. Tidak perlu melekat pada dua warna sahaja!
Skema warna biru dan oren adalah gabungan yang popular dan moden. Ia menambahkan kehangatan pada ruang tamu dan memberikan gaya santai tetapi cantik. Biru memberikan aksen segar dan menenangkan manakala oren menampilkan rasa ‘bold’ dan bersemangat! Gabungan ini mewujudkan ruang tamu yang sangat menawan.
Warna biru dan putih tidak akan pernah ketinggalan zaman. Gabungan klasik ini dapat menampilkan ruangan yang segar dan tenang. Rupa yang minimalis tapi sangat cantik dengan padanan kain langsir yang berwarna putih dan karpet biru bercorak. Bingkai gambar berwarna emas juga sangat sesuai jika digantungkan pada dinding berwarna biru.
Warna yang mudah untuk dipadankan dengan dinding biru adalah warna kuning. Kedua-duanya berada pada kuadran yang bertentangan pada roda warna dan secara amnya ia saling melengkapi satu sama lain. Warna kuning pada ruang tamu dapat mencipta ruang yang hangat dan cerah manakala warna biru mencipta ruang yang sejuk dan menenangkan.
Kesimpulannya, semua ini adalah antara warna yang boleh dipadankan dengan biru gelap. Mudah je kan untuk bagi nampak ruang tamu anda luas dan mewah? Samada dinding berwarna biru gelap, hijau atau kelabu ia tidak menjadi masalah sekiranya anda tahu padankan warna-warna tersebut dengan palet warna yang sesuai.
Setakat ini sahaja perkongsian kali ini, kami harap dapat membantu anda mencari warna perabot dan hiasan untuk dinding warna biru pada ruang tamu rumah anda!
Semoga bermanfaat!