Deco Luar Biasa Rumah Sewa Kampung Cara Bajet

Ditulis oleh

Tinggal dirumah sewa memang agak mencabar kalau mahu lakukan deco rumah dan ubahsuai rumah kerana bukan semua pemilik rumah membenarkannya. Jika anda dapat seorang pemilik rumah yang membenarkan anda untuk ubahsuai dan deco rumah sewa anda, anda memang sangat beruntung. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang penyewa yang bernama Norhaimi Said. Perkongsiannya adalah mengenai deco luar biasa rumah sewa kampung tanpa beli barangan dan perabot baru yang sangat simple dan jimat.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah sewa yang menarik ini.

Deco Luar Biasa Rumah Sewa Kampung Cara Bajet :

Deco-deco rumah sewa di kampung guna barangan apa yang ada, Tak ada beli pun kecuali cat dan kain.

Jimat bajet yang penting nampak lain sikit, saya tak pandai sangat.

Ini adalah pandangan dari luar rumah sewa saya.

deco rumah sewaMula-mula pindah dulu baru sempat pasang tikar getah sahaja ketika itu.

deco rumah sewaDinding dulu warna hitam sebelum ditukar kepada warna lain.

deco rumah sewaIni pula keadaan langsir rumah sewa ini, sebelum diganti baru, penyewa lama tinggalkan langsir ini.

deco rumah sewaIni adalah warna kerusi pada asalnya. Kerusi asal warna ni, kerusi tuan rumah punya.

deco rumah sewaBahagian bawah rumah, perabot tak cat lagi, bunga pun senget benget.

deco rumah sewaIni semua adalah hasil dari hadiah-hadiah dari kawan-kawan saya, saya letak di sini.

deco rumah sewaKerusi cat baru, sarung kusyen beli kain dan jahit jelujur sahaja.

deco rumah sewaLangsir pun guna kain murah sahaja.

deco rumah sewaTiang seri saya kekalkan warna asal.

deco rumah sewaAlmari yang dah tak boleh tutup dan berkulat. Cat semula boleh guna balik.

deco rumah sewaMeja sekolah yang dah rosak saya cat balik.

deco rumah sewaItu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 18, 2021
Dikemaskini pada
September 18, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram