Hasilkan Taman Mini Belakang Rumah RM1500!

Ditulis oleh

Dalam kesibukan kerja, kita mempunyai hak untk menyelit ruang dan masa untuk kita bersantai bersama keluarga tercinta. Tetapi meluangkan masa bersama keluarga di dalam rumah merupakan satu perkara yang biasa dilakukan. Satu perkongsian daripada Emma Eima di laman Facebook miliknya, beliau hasilkan taman mini yang terletak di belakang rumahnya.

Hasilkan Taman Mini Di Belakang Rumah Yang Santai Bersama Keluarga Bawah RM1500!

Pada mulanya panggil orang landskap datang untuk ambil quotation. So, tengok harga quotation dalam lingkungan RM5k. Jadi saya cakap dengan suami kita beli semua barang sendiri la dan cuma tukang datang untuk ratakan simen sahaja. Rasanya lebih jimat.

Alhamdulillah memang jimat. Kos keseluruhan termasuk rumput karpet, pokok-pokok kecil itu, pokok besar dalam pasu dan batu putih semuanya tak sampai RM1500 pun. Memang untung banyak bila buat sendiri.

Ini gambar di ruang belakang rumah yang akan dijadikan sebagai taman mini.

hasilkan-taman-mini

Ini pula proses meratakan simen kasar yang bertujuan untuk menghalang rumput untuk tumbuh di bawah karpet rumput.

Pembelian karpet rumput untuk dibentangkan di belakang rumah berukuran 30 x 10. Dan juga pokok tanaman untuk di tanam di dalam pasu

hasilkan-taman-mini

Akhirnya ini adalah hasilnya. Ringkas dan cantik serta menimbulkan suasana yang ceria ketika meluangkan masa bersama keluarga. Susunan pasu yang menarik serta hiasan batu putih menambahkan lagi suasana yang santai.

hasilkan-taman-mini

Jika mempunyai ruang kosong di belakang rumah, cadangan untuk membuat satu taman mini adalah sangat sesuai terutamanya untuk anak-anak. Ibubapa tidak perlu risau akan keselamatan anak-anaknya jika bermain atau bersantai di belakang rumah sahaja berbanding bermain di luar kawasan rumah.

Semoga pembaca Giler Deco memperolehi ilmu, idea dan manfaaat untuk artikel kali ini. Terima kasih kerana membaca!

Baca juga Beranda Santai Yang Cantik Di Rumah

Sumber Emma Eima

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 9, 2021
Dikemaskini pada
Disember 9, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram