Barang Dekorasi Wajib Dibeli Sempena Hari Raya Aidilfitri Ini

Ditulis oleh

Bulan Ramadan sudah pun kunjung tiba. Kita diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan demi menahan lapar dan dahaga. Apabila selesai berpuasa, kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal pula. Menjelang Aidilfitri ini, pasti antara yang ditunggu-tunggu untuk dekorasi rumah untuk Hari Raya yang bakal tiba.

Aidilfitri ini pasti ramai akan mengambil peluang untuk menghias rumah masing-masing. Masa ini lah untuk anda serlahkan kreativiti anda masing-masing untuk menghias rumah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba nanti.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua barangan hiasan dan dekorasi yang wajib anda beli menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jom kita tengok beberapa barangan di bawah ini.

15 Barangan Hiasan Dan Dekorasi Menjelang Hari Raya Aidilfitri

 

1. Pelita Buluh Raya Tradisional

Yang ni paling legend! Tiada buluh ini maka suasana untuk berhari raya automatik akan tiada. Setiap rumah wajib ada untuk memeriahkan lagi dekorasi Hari Raya ini.

2. Tikar Getah

Bagi sesiapa yang ingin tukarkan tikar yang baru boleh carikan tikar getah ini. Takkan pula nak guna yang lama kan.

3. Bamboo Lamp Pendant

Yang ni sesuai untuk sesiapa yang inginkan rumah mereka nampak lebih klasik dan tradisional.

4. Bekas Kuih Raya Flower

Kalau tiada bekas kuih raya, nak letak di dalam apa? Penting ada bekas kuih raya di rumah anda untuk hidangkan biskut dan kuih muih kepada tetamu-tetamu yang hadir. Selain bekas flower, banyak lagi jenis & bentuk bekas kuih raya cantik-cantik anda boleh sesuaikan dengan dekorasi ruang makan anda di sini - 10 Jenis Bekas Kuih Raya yang Wajib Dibeli Sempena Hari Raya Tahun Ini.

dekorasi hari raya

5. Langsir Raya

Perkara wajib yang perlu dilakukan apabila menjelang Hari Raya. Langsir perlu ditukar agar ia memberikan nafas yang segar dan juga memberikan suasana yang berlainan.

dekorasi hari raya

6. Ketupat Homemade Paper

Dekorasi rumah juga akan lebih meriah kalau ada deko ketupat homemade paper ini. Nak buat sendiri memakan masa, jadi boleh lah beli untuk jimatkan masa. Harga pun murah jer.

dekorasi hari raya

7. Ketupat LED Lights

Suasana Hari Raya tidak akan meriah kalau tiada lampu lip lap lip lap macam lampu LED ini.

dekorasi hari raya

8. Mangkuk Tingkat Bercorak

Yang ni kalau digunakan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang boleh juga. Tunjuklah yang anda mangkut bertingkat yang cantik ni siap bercorak pula tu. Hehehe

dekorasi hari raya

9. Tudung Saji Rotan

Mak-mak pasti suka kalau tudung saji rotan ini digunakan ketika Hari Raya nanti.

dekorasi hari raya

10. Pelita Raya Buluh Moden ( Solar )

Kalau buluh tradisional ada, yang moden juga pasti ada. Buluh ini dikuasakan dengan kuasa solar untuk mengaktifkan cahaya buluh tersebut. Tidak memerlukan bateri.

dekorasi hari raya

11. Karpet Bulu Shaggy

Karpet bulu bukan sahaja untuk dekorasi bilik tidur sahaja, untuk dekorasi Hari Raya juga boleh digunakan.

12. Dekorasi Lampu Raya Bulan Bintang

Selain lampu kelip-kelip ketupat, lampu kelip-kelip bentuk bulan dan bintang juga boleh menjadi pilihan anda

dekorasi hari raya

13. Sarung Kusyen

Sarung kusyen juga memainkan peranan yang penting juga dalam sesuatu dekorasi rumah ini. Elok tukar kan yang baru apabila menjelang Hari Raya nanti.

14. Langsir Raya Semi-Blackout 

Langsir ini juga popular kalau anda ingin hiaskan untuk dekorasi Hari Raya anda. Yang ni anda boleh DIY langsir jenis eyelet untuk nampak cantik.

15. Alas Meja 

Alas meja juga penting jika ingin membuat meja anda nampak elegan dan mewah

16 . Bekas Kuih Raya Bertingkat

 

Sumber : Shopee Malaysia & Lazada Malaysia

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 18, 2021
Dikemaskini pada
April 18, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram