Ubahsuai Tandas Rumah Yang Berusia Hampir 40 Tahun

Ditulis oleh

Tandas di rumah yang lama ini kadang-kadang juga perlu dilakukan sebuah ubahsuai tandas agar ia akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Jika dibiarkan dan ditinggalkan dalam keadaan sebegitu, kita juga tidak akan sukakan ia dan tetamu yang bertandang kerumah juga mungkin tidak selesa menggunakan tandas tersebut.

Lelaki yang bernama Fareez Zulkifli ini telah berkongsikan sebuah ubahsuai tandas rumah subsale beliau. Menurut beliau usia tandas tersebut telah pun hampir mencecah 40 tahun. Tujuan ubahsuai tersebut adalah untuk mengubah rupa tandas tersebut agar ia lebih nampak cantik dan moden.

Jom kita tengok perkongsian daripada Fareez Zulkifli ini untuk melihat gambar tandas tersebut sebelum dan selepas ubahsuai tersebut.

Sebuah Tandas Rumah Yang Berusia Hampir 40 Tahun Ini Telah Di Ubahsuai Agar Nampak Cantik

Alhamdulillah.

Ubahsuai toilet rumah berusia 40 tahun. Beli rumah subsale biasalah. Walaupun toilet dah mozek sepenuhnya tapi tetap tak ikut citarasa owner baru.

Bukan nak duduk seminggu atau sebulan, tp kalau diizinkan nak duduk selamanya. Jadi tak salah pun labur duit sikit utk keselesaan keluarga. Tetamu datang pun tak segan.

Bukan nak nampak mewah, cuma nak sedap mata memandang dan yang paling penting WANG.

Keadaan Tandas Yang Berusia Hampir 40 Tahun Sebelum Ubahsuai

Beginilah ia rupa tandas lama saya ini. Untuk pengetahuan anda, tandas kecil ini sudah pun berusia hampir 40 tahun. Rumah saya rumah subsale dan sememangnya sekarang masanya untuk memberikan sedikit pembaharuan untuk tandas ini.

Ubahsuai Tandas Rumah

Ubahsuai Tandas Rumah

Ubahsuai Tandas Rumah

Rupa & Hasil Tandas 40 tahun Yang Telah Diubahsuai Ini

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga hasil ubahsuai tandas kecil dirumah kami ini. Untuk ubahsuai ni saya telah habiskan hampir RM5700. Memang mahal namun hasil ubahsuai ini saya sangat berpuas hati dan ia juga telah mengubah rupa bentuk tandas lama ni 360 darjah.

Ubahsuai Tandas Rumah

Ubahsuai Tandas Rumah

Ubahsuai Tandas Rumah

Sumber : Fareez Zulkifli

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 13, 2021
Dikemaskini pada
Disember 13, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram