Transformasi Dapur Kecil Hasil Daripada Idea Pinterest

Ditulis oleh

Setiap daripada kita ini semestinya terfikir untuk mempunyai sebuah dapur yang cantik kan? Tidak kisahlah ianya dapur yang besar ataupun kecil asalkan ia kelihatan cantik. Jadi, anda boleh lakukan sebuah transformasi terhadap ruang dapur kecil atau besar anda agar ia memenuhi citarasa dapur yang diidamkan.

Seperti yang dilakukan oleh Mohammad Dzulfadzli ini, beliau berkongsikan beberapa keping gambar menenai transformasi dapur kecil beliau. Hasilnya sangatlah membuat Giler Deco ini tertarik dengan hasil akhirnya. Jom kita tengok bagaimana gambar sebelum dan selepas transformasi ini dilakukan.

Transformasi Dapur Kecil Hasil Cetusan Idea Ambil Daripada Pinterest Dan IKEA

Transformasi dapur kecil kami hasil cetusan idea dari Ikea & P-interest.

Semoga memberi inspirasi untuk sesiapa yang mempunyai ruang yang terhad, tapi masih boleh memisahkan dapur basah dan kering untuk kegunaan harian.

Keluasan dapur

Dapur kering : 10 × 10 kaki

Dapur basah : 6 x 6 kaki

Hasil Sebelum Dan Selepas Dapur Kecil Yang Dilakukan

Dapur kering sebelum transformasi. Dapur yang sangat kecil memerlukan idea luar kotak untuk memaksimumkan ruang sebaik mungkin.

Transformasi Dapur Kecil

Ruang dapur basah sebelum tranformasi. Kami menggunakan ruang asal laundry rumah untuk dijadikan dapur basah.

Pandangan dapur kering dari ruang tamu selepas transformasi.

Transformasi Dapur Kecil

Pandangan dapur kering dari sudut lain. Island bar table di tengah untuk kegunaan keluarga untuk makan.

Transformasi Dapur Kecil

Island bar boleh extend dijadikan ruang makan keluarga kecil kami.

Pintu dapur basah, tujuan pintu kaca digunakan untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam dapur kering di samping menghalang bau masakan masuk ke dalam rumah.

Dapur basah yg simple tapi lengkap segalanya.

Transformasi Dapur Kecil

Our small preparation station.

Sumber : Mohamad Dzulfadzli Jais

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 5, 2022
Dikemaskini pada
Januari 5, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram