Aircond secara asasnya digunakan untuk melembabkan udara di dalam sesebuah ruang di dalam rumah. Selain memberikan keselesaan kepada pengguna, aircond juga bertindak sebagai penapis udara yang bersih.
Namun begitu, oleh kerana tidak tahu cara servis aircond rumah yang betul, pengguna mungkin tidak akan menikmati kesejukan daripada aircond sekiranya aircond yang digunakan rosak dan tidak berfungsi dengan baik dek kerana tidak melakukan servis secara berkala. Apa gunanya membeli jenama aircond terbaik, jika anda tidak tahu cara menjaganya?
Artikel kali ini akan mengulas tentang cara servis aircond rumah seperti pro. Lebih menarik lagi, anda boleh servis sendiri sahaja aircond di rumah. Langkah-langkah yang disediakan juga amat mudah dan cepat.
Anda perlu servis atau menukar elemen-elemen aircond terutamanya penapis sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Menukar penapis udara di dalam aircond sangat penting untuk mengelakkan penapis tersumbat dengan habuk-habuk dan bendasing lain.
Menurut laman web Kaodim , penukaran penapis udara setiap 3 bulan mampu menjimatkan elektrik sehingga 5% ke 15%. Servis yang dilakukan secara berkala juga akan meningkatkan prestasi aircond. Di samping itu juga, aircond lebih susah untuk mengalami kerosakan.
Rupa-rupanya senang sahaja cara servis aircond rumah seperti pro. Anda boleh meluangkan masa hujung minggu anda untuk servis aircond. Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, boleh hubungi juruservis aircond yang berhampiran.
Semoga artikel daripada Giler Deco ini bermanfaat dan membantu anda.