Cara Mudah DIY Almari Table Top Tanpa Guna Drill

Ditulis oleh

Pada masa kini, ramai dikalangan kita lebih memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja, lebih-lebih lagi apabila untuk mengubahsuai rumah atau dapur, sebenarnya ada sahaja cara yang lebih jimat untuk mencantikkan dapur, contohnya adalah dengan melakukannya secara diy. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Puan Ema. Beliau berkongsi cara mudah diy almari table top tanpa guna drill.

Beliau berkata, pada permulaannya, beliau hanya mahu letak langsir sahaja bawah table top itu oleh kerana ianya kelihatan agak  berserabut apabila tengok barang-barang bawah table top itu. Tetapi, setelah berfikir semula, beliau adalah seorang yang jenis masak ganas. Anak bujang dengan anak dara pun jenis suka memasak juga. Sudah pasti langsir itu cepat kotor. Jadi, beliau mengambil keputusan untuk lakukan DIY sahaja almari bawah table top itu.

Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

 

DIY almari bawah table top, tanpa guna drill, dekat sini saya share juga barang-barang yang saya guna ye. Mana tahu kot ada yang nak try juga.

 

Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Ketika ini, baru selesai tampal wallpaper dekat bawah table top itu dan sudah siap pasang rail. Ianya tak perlu drill, hanya guna gam sahaja.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Inilah hasil projek diy simple pintu bajet table top, ala-ala sliding.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Bahagian dapur kecil sahaja janji selesa untuk digunakan.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Ini adalah barang-barang yang digunakan. Gam itu digunakan untuk lekatkan rail pada bawah table top. Hal ini adalah kerana beliau tidak mahu guna drill.

Tips untuk guna gam itu, kalau guna, kena tunggu satu hari baru kering.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Ini adalah papan plywood yang sudah siap ditampal guna wallpaper. Ini bukan wallpaper yang biasa tampal dekat dinding tu ya.
Plywood itu beliau order dekat Shopee sahaja, ukur siap-siap, selepas itu minta seller potong ikut ukuran yang telah diberi.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Roda itu muat untuk plywood yang tebal dia 5mm.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Inilah rail yang digunakan, untuk letak roda itu, rail dengan roda itu beli dekat Shopee sahaja.

Cara Mudah DIY Almari Table Top

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram