Cara DIY Rak TV Guna "Gypsum Board"

Ditulis oleh

Semua orang memiliki minat yang berlainan dalam semua perkara. Ada yang jenis suka berkebun dan ada juga jenis yang suka melakukan diy barang dekat rumah. Perkongsian kali ini adalah dari seorang warganet facebook iaitu Helmi Husaini. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy rak tv guna "gypsum board".

Apa yang menarik untuk dikongsikan pada kali ini adalah kerana diy yang dilakukan amat cantik dan kemas sehingga menampakkan kelainan dari segi rekabentuk. Memang jelas kelihatan seperti dilakukan oleh seorang tukar rumah yang sangat professional.

Jadi jom sama-sama kita ikuti langkah dan cara membuat diy ini.

Langkah DIY Rak TV :

Salam semua. Saja kongsi pengalaman buat rak tv menggunakan gypsum board. Nak tempah mahal, jadi kita buat sendiri. Biar lambat asal jimat.

Langkah pertama adalah bermula dengan pemasangan rangka metal stud. Kalau boleh anda cuba design dahulu jenis rekabentuk macam mana yang anda mahukan.

diy rak tvPenggunakan laser amat penting untuk pastikan lurus.

Selepas itu pasang set bracket tv.

Pandangan dari side view.

Corner bead kena pasang sebab nanti senang nak dapat sharp edge bila skim.

Ini adalah semasa proses pemasangan gypsum board. Pastikan pasangan dengan betul dan lurus.

Kerja paling mencabar adalah apabila nak skim. Jadi anda perlu banyakkan bersabar dalam melakukan benda ini.

Ini adalah semasa proses menyecat dengan menggunakan cat undercoat.

Ini adalah hasilnya setelah rak tv selesai dilakukan diy. Cantuk bukan konsep dan rekabentuk yang dhasilkan?

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk melakukan diy rak tv seperti ini. Selamat mencuba.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 20, 2021
Dikemaskini pada
April 20, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram