Cara Lakukan Wainscoting Pada Ruang Tamu

Ditulis oleh

Penghasilan projek dekorasi rumah dengan gaya wainscoting pada masa kini memang tidak asing lagi. Hal ini kerana, kebanyakan pemilik rumah sudah mula melakukannya sendiri secara diy kerana ianya lebih menjimatkan kos. Selain itu, pemasangan wainscoting tidaklah begitu sukar kerana langkah-langkah boleh dicari di Youtube atau boleh Google sahaja. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muhamad Aisy Luth Faisal. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara lakukan wainscoting pada ruang tamu.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Cara Lakukan Wainscoting

 

Assalammualaikum saya kongsikan wainscoting budget.

Saya sebenarnya tukang beli beras sahaja. Jadi, hasilnya taklah seperti tukang kayu. Saya pilih kayu untuk wainscoting. Nampak urat-urat kayu itu, cantik bagi saya.

Isteri saya request buatkan wainscoting sebelum masuk cat baru. Dari masuk rumah baru tak pernah tukar warna. Maklumlah anak-anak tengah membesar. Biar diorang conteng puas-puas dulu dinding.

Dari pengalaman pertama ini saya, sedikit perkongsian dari saya.
Saya cadangkan beli kayu untuk frame jenis tebal. Chairrail lebar. Effect nampak lebih mewah. Saya sudah beli yang biasa di kedai hardware. Hasilnya seperti perkongsian dibawah ini.

 

Langkah - Langkah Wainscoting :

 

Okey, Mula-mula buat gambaran. Anggaran berapa kotak. Sediakan ruang untuk wall deco atau cermin. Lebar frame saya buat 70cm dan gap 10cm.

Ukur dahulu lebar keseluruhan dinding (chairrail). Kemudian kita dapat agak berapa frame. Untuk lebihan ukuran saya campak ke kotak tengah wall deco.

Potongan 45 darjah. Sebelum potong, lihat dulu bentuk kayu. Untuk sudut yang kita nak potong. Kalau salah terpaksa buang nanti.

Kayu-kayu dibeli dari hardware. Pilih kayu solid dan periksa dahulu ada melengkung atau tidak. Pilih yang lurus, elakkan ambil kayu ringan kerana apabila gosok ianya berbulu.

Dinding pertama.

Untuk langkah ini, beliau lekatkan terus frame. Guna gam gajah. Kikir kedua-dua tepi sekali supaya apabila dilekatkan ia sesuai.

Sewaktu proses meletakkan gam, tak perlu banyak, nanti meleleh. Jika ada lebihan, biar sahaja ianya kering. Baru buang guna pisau dan potongkan sahaja.

Jika ada ruang kosong, isi guna habuk kayu dan gam gajah. Apabila sudah kering, boleh gosok. Sebelum kering, lap guna kain buang lebihan. Anda boleh juga lekatkan guna gam X Bond coklat itu, ianya lebih mudah. Cuma letak sedikit sahaja.

Guna tape dan paku untuk tahan kayu itu dari terjatuh. Ini adalah cara terbaik jika buat kerja seorang diri.

Cantuman kayu boleh isi filler gap nanti. Kemudian, gosok.

Gap-gap isi dengan filler gap. Cara adalah tolak ke depan. Jika ada lubang lagi ulang, jangan picit dan tarik ke belakang. Banyak yang lebih nanti.

Siap bahagian bawah.

Siap atas bawah. Jika ada wall deco perlu ukur semula dan ubah kedudukan.

Untuk bahagian ini, beliau double kan, kemudian chairrail dan isi filler gap ditengah-tengah untuk dapatkan ketebalan yang beliau mahukan.

Bahagian wainscoting tersebut selepas di isi filler gap.

Gam XBond yang digunakan.

Pembaris yang digunakan.

Tempat cantuman selepas di isi filler.

Paku kecil untuk support. Ia boleh tanam terus atau buang semula.

Alat penimbang air.

Pita ukur.

Miter saw beli dari Shopee. Ia lebih memudahkan kerja. Beli jenis ini. Ada 45’ untuk hujung chairrail.

Kikir yang digunakan.

Inilah hasil setelah siap lakukan wainscoting.

Siap satu dinding, belum masuk cat lagi. Cat akan dilakukan selepas ini.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 19, 2022
Dikemaskini pada
Februari 19, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram