Diy Tempat Gosok Baju Untuk Bilik Sempit

Ditulis oleh

Kemas dan mempunyai rumah yang bersih serta cantik itu impian semua orang. Walaupun rumah sempit tidak mengapa. Asalkan bahagia dengan keadaan rumah yang bersih, kemas dan tersusun rapi. Tetapi kadangkala ada satu atau dua benda yang menghalang pemandangan kita. Iaitu tempat menggosok pakaian. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari Puan Nisbah Ramly. Perkongsiannya adalah mengenai mengenai diy tempat gosok baju untuk bilik sempit.

Jika rumah yang besar terdapat bilik menggosok. Tetapi jika rumah yang kecil mungkin tempat menggosok itu dicelah televisyen atau pun di sudut-sudut dinding. Itu pun masih kelihatan menyerabutkan. Jadi kalau anda rajin dan inginkan rumah anda tampak kemas dan tak menyerabutkan, anda boleh menggunakan teknik penyembunyian tempat gosok baju seperti di bawah ini.

Diy Tempat Gosok Baju :

 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Papan penggosok
  • Playwood tebal 9mm
  • Wallpaper
  • Cermin
  • Gam

CARA-CARANYA:

1.Untuk membuat kotak, gunakan playwood 9mm(6mm pun boleh). Saya gunakan playwood lebihan yang sedia ada di rumah. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung.

2.Kotak dah siap, balut dengan wallpaper.

3.Papan penggosok  gunakan yang biasa sahaja. Ubah suai pada bahagian kaki sahaja. Guna satu kaku untuk buat penahan dan 1 lagi dibuang.

4.Untuk lebih kukuh, sediakan penahan bahagian bawah papan penggosok supaya mudah didirikan dan dilipat.

5. Tampal cermin menggunakan gam di bahagian hadapan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk menggunakan cara diy ini dirumah. Selamat mencuba!

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 27, 2020
Dikemaskini pada
Jun 27, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram