Deko Ruang Tamu Kecil - 10 Tips Untuk Nampak Lebih Luas

Ditulis oleh

Ruang tamu adalah ruang yang kita akan banyak habiskan masa bersama keluarga. Jika anda mempunyai ruang tamu yang kecil dan sempit, jangan risau! Anda juga boleh deko ruang tamu macam orang lain.

Tidak kira betapa kecilnya ruangan itu, terdapat beberapa cara dan helah yang boleh anda aplikasikan pada ruang tamu rumah anda supaya ia kelihatan cantik dan luas.

Jom kita lihat apakah 'trick' untuk deko ruang tamu kecil!

Cara Deko Ruang Tamu Kecil Supaya Nampak Luas Dan Lapang

1. Memasang lampu dinding untuk menjimatkan ruang

deko ruang tamu kecil
Kredit: etsy.com

Lampu ruang tamu yang melekat pada dinding dan digantung dari atas dapat menjimatkan ruang pada ruang lantai di ruang tamu. Ia juga dapat mengelakkan ruang tamu anda kelihatan ‘crowded’ atau bersepah. Posisi yang terbaik untuk letakkan lampu pada dinding ialah 152-170 cm (5-5.5 kaki) daripada lantai manakala sekitar 250-300 cm (8-10 kaki) bagi jarak antara satu sama lain.

2. Pilih karpet yang lebih besar, berjalur dan berwarna cerah

Kredit: blog.scoutandnimble.com

Karpet yang berjalur akan mencipta ilusi lebar pada kawasan tersebut dan membuatkan ruang tamu tersebut kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya. Manakala karpet yang besar akan menjadikan ruang tersebut lebih menonjol. Jarakkan 12 inci daripada dinding di semua sisi. 

Elakkan memilih karpet yang berwarna gelap kerana ia cenderung untuk menyerap cahaya dan menjadikan ruang itu kelihatan lebih kecil. Karpet juga perlu disesuaikan dengan warna dinding agar tidak nampak canggung pada pandangan.

3. Pasangkan cermin yang lebar pada dinding

Kredit: Pottery Barn

Cara deko ruang tamu kecil yang lain adalah dengan memasang cermin yang lebar dan besar pada ruang tamu kecil juga adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan ruang tamu kelihatan lebih luas. Hal ini kerana, cermin tersebut akan mencipta ilusi luas lebih-lebih lagi apabila anda menggantungkan cermin besar pada dinding yang bertentangan dengan tingkap untuk mencerminkan keadaan luar. Ia akan membenarkan cahaya semula jadi melantun di sekeliling ruang tamu.

4. Pilih warna yang terang untuk dinding

Kredit:  thebeautyrevival.com

Salah satu cara untuk deko ruang tamu kecil adalah memilih warna dinding yang lebih terang akan menjadikan ruang tamu anda kelihatan lebih besar dan cerah. Sekaligus membuatkan ruang tamu terasa terbuka dan lapang.

Antara warna terang yang anda boleh gunakan selain daripada warna putih adalah biru muda, kuning, hijau muda, ungu muda, dan kelabu muda.

5. Pilih tempat duduk yang berkaki

Kredit: walmart.com

Sofa yang mempunyai kaki adalah salah satu cara yang untuk menjadikan ruang tamu anda nampak lebih luas. Hal ini kerana, sofa yang berkaki menampilkan lantai yang lebih luas dan dapat mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. 

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh dapatkan sofa yang mempunyai pelbagai fungsi dan sekaligus dapat menjimatkan ruang.

6. Pilih sofa yang sesuai dan jarakkan perabot daripada dinding

Kredit: popsugar.com

Sekecil mana pun ruang tamu anda, pastikan anda jarakkan sedikit sofa dengan dinding kira-kira 6-8 inci. Ia akan mencipta ruang di belakang perabot dan menjadikan ruang tamu kelihatan lebih luas dan selesa. 

Pilih sofa yang sesuai dengan saiz ruang tamu anda. Jika anda mempunyai bajet lebih, boleh dapatkan sofa pelbagai fungsi seperti ‘sofa-bed’, sekaligus dapat menjimatkan ruang.

7. Lapiskan dua meja kopi

Kredit: Stasi Sagol

Tentu anda rasa serba salah kan nak beli meja kopi? Kalau beli yang kecil tentu tidak muat nak letak minuman, tetapi kalau beli yang besar tentu mengambil ruang yang banyak. Jadi, apa kata anda beli dua meja kopi yang mempunyai dua saiz iaitu besar dan kecil. Sekiranya anda tidak ingin menggunakannya anda boleh satukan dan simpan pada tempat lain supaya tidak ia tidak menghalang laluan.

8. Pilih tempat duduk yang rendah dan sama aras dengan meja kopi

Kredit: Castlery

Untuk deko ruang tamu kecil, anda haruslah memilih sofa yang lebih rendah dan sama aras dengan meja kopi akan mencipta kesan visual siling yang lebih tinggi. Pastikan jarak antara sofa dan meja kopi tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Jarak yang jauh akan membuatkan sukar tetamu untuk mencapai makanan atau minuman manakala jarak yang dekat akan menyempitkan laluan.

9. Tambahkan kerusi simpanan 'Ottomans'

Deko ruang tamu kecil yang lain adalah dengan menambahkan kerusi 'ottoman'. Kerusi ‘ottoman’ bukan sahaja boleh dijadikan tempat duduk tambahan malah ia boleh dijadikan sebagai meja atau tempat penyimpanan barang. Anda boleh meletakkan dulang di atasnya untuk meletakkan minuman atau hiasan lain seperti bunga atau buku. 

Dengan ini, anda dapat menjimatkan ruang tanpa membeli meja kopi yang lain. Anda juga dapat menyimpan barang seperti mainan atau buku-buku bagi mengelakkan ruang tamu daripada bersepah.

10. Tukarkan langsir kepada bidai

Kredit: blindsonline.com.au

Walaupun langsir memberikan pencahayaan yang lebih baik tetapi bidai lebih praktikal pada ruang yang lebih kecil. Ia akan menjadikan ruang tamu kelihatan lebih tinggi dan terasa lebih besar. Ruang kosong pada kedua-dua belah tingkap akan mencipta ilusi ruang lapang. 

Salah satu bidai yang sesuai untuk ruang tamu yang kecil adalah ‘cordless cellular blinds’. Warna neutral seperti warna putih, ivory dan daylight akan mencipta rasa yang terbuka di dalam ruang tamu. 

Kesimpulannya, walaupun ruang tamu rumah anda sempit atau kecil, namun dengan merancang ruang tamu anda ia tidak menghalang anda untuk deko ruang tamu kecil supaya ia lebih selesa untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan kelihatan lebih luas.

Selamat Mencuba!

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 17, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram