Ramai yang memandang enteng aktiviti mencuci peralatan rumah, malah mungkin ada yang tidak tahu cara cuci kipas siling yang betul. Namun, tahukah anda, kipas siling yang kotor boleh menyebabkan kipas menjadi perlahan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada motor kipas? Kesudahannya, kipas anda tidak mampu bertahan lama.
Selain itu, habuk-habuk yang terkumpul pada bilah kipas juga akan mula jatuh ketika kipas berpusing dan mengakibatkan kesihatan anda terganggu.
Selain habuk, kipas yang diletakkan di dapur juga mungkin memerangkap kotoran dan menjadikan bilahnya melekit. Sudah tentu prestasi kipas akan menjadi perlahan dan proses mencuci menjadi lebih sukar. Oleh itu anda harus mula mengambil berat tentang penjagaan kipas siling dengan betul mulai sekarang.
Artikel ini akan mendedahkan langkah-langkah signifikan yang mudah untuk membersihkan kipas siling agar tidak senang berhabuk.
Berikut merupakan barang-barang yang perlu disediakan sebelum proses membersihkan kipas dijalankan.
Sebagai langkah-langkah keselamatan, anda digalakkan untuk mengikuti tips-tips keselamatan seperti:
Kipas siling hendaklah dicuci sekali atau 2 kali setahun, bergantung kepada ruang.
Satu trik yang mudah untuk mengelakkan habuk berterbangan semasa membersihkan kipas ialah menggunakan sarung bantal lama. Sarungkan kepada bilah kipas dan tarik sarung tersebut. Ulang sehingga bilah kipas betul-betul bersih.
Gunakan baby wipes untuk mencuci bahagian kipas yang mempunyai kotoran degil. Sekiranya kipas anda nampak berminyak, tuangkan sedikit degreaser atau spirit pada kain lap dan sapu pada bilah kipas tersebut.
Selain membersihkan bilah-bilah kipas, anda disarankan juga untuk menyelenggara motor kipas untuk memastikan motor kipas tidak terlalu berhabuk. Selain itu, pastikan juga tiada bilah kipas yang patah atau mempunyai struktur yang rosak. Jika anda mendapati bilah kipas telah longgar, jangan lupa untuk ketatkan semula bilah kipas pada motor kipas. Hal ini untuk menjamin keselamatan anda ketika menggunakan kipas siling.
Ternyata sangat mudah cara cuci kipas siling di rumah. Barang-barang yang diperlukan juga tidak banyak dan mudah untuk didapati. Dengan langkah penjagaan dan pembersihan kipas yang sempurna, kini anda tidak perlu lagi risau akan keselamatan selain memperoleh keselesaan yang sepatutnya.
Lepas ni anda boleh mula cuci semua kipas dan lampu dengan hati yang senang!
Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda juga mengikuti semua langkah-langkah keselamatan yang telah disebutkan di atas untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
Diharapkan artikel Giler Deco pada kali ini bermanfaat dan boleh membantu anda. Sekiranya anda sukakan artikel ini, jangan lupa untuk kongsikan!