Cara Mudah Cuci Karpet Sendiri Di Rumah

Ditulis oleh

Dah beli karpet untuk nampak rumah cantik, haruslah bijak menjaganya untuk mengekalkan keseriannya. Kerja mencuci karpet boleh dikatakan tugas yang sukar dan leceh untuk dilakukan hingga ada yang menggunakan khidmat pakar cuci karpet untuk memastikan permaidani benar-benar bersih.

Namun dengan bantuan teknologi terkini, kerja-kerja membersihkan karpet menjadi semakin mudah terutamanya dengan adanya vakum dan vakum robot. Ikut cara cuci karpet yang mudah dan menjimatkan ini.

Bagaimana Cara Cuci Karpet/Permaidani Secara DIY Dengan Mudah?

Terdapat beberapa langkah mudah bagi memastikan permaidani anda dapat dibersihkan di rumah, tanpa perlu anda membelanjakan wang untuk mengupah pakar cuci karpet. Jom ikuti cara cuci karpet ini agar kerja-kerja membersihkan karpet anda menjadi mudah selepas ini.

Sediakan Peralatan Mencuci

Langkah pertama dalam membersihkan permaidani anda ialah memastikan anda menyediakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Berikut merupakan senarai alatan yang patut anda sediakan:

  • Vakum
  • Pemukul habuk permaidani
  • Sabun pencuci pinggan yang lembut
  • Span
  • Berus berbulu

Jangkamasa dan kesukaran proses cuci karpet ini bergantung kepada jenis fiber permaidani tersebut. Seeloknya kerja tersebut lakukan di luar rumah dan di bawah cahaya matahari yang terik.

Syampu Permaidani Anda

Basuh permaidani setiap tiga bulan dengan menggunakan mesin pembersihan berkualiti tinggi seperti jenama Bissel atau Vax. Untuk syampu pula, pilih syampu yang mengandungi pelindung seperti Scotchgard kerana ia boleh menjadi pelindung “stain” yang terbaik untuk fibre karpet.

cara mudah cuci karpet
Gambar dari Superior Vacuums

Keluarkan Habuk Menggunakan Pemukul Habuk Permaidani

Sebelum anda membersihkan permaidani menggunakan berus, sebaik-baiknya keluarkan segala kekotoran pada karpet terlebih dahulu sebelum dibersihkan. Anda juga boleh menggunakan vakum. Jika tidak mempunyai vakum, gantung permaidani dil uar rumah atau ruang balkoni dan pukul menggunakan pemukul permaidani/karpet.

cara mudah cuci karpet
Gambar dari Kinsfolk Shop 

Bagaimana Cara Penjagaan Karpet / Permaidani Yang Betul?

  1. Hilangkan Kesan Lekukan Pada Karpet
    Perabot berat boleh meninggalkan lekukan dan kesan pada permaidani. Untuk menghilangkannya, gosokkan kiub ais pada bahagian yang berlekuk tersebut.
  2. Elakkan Dari Terkena Cecair
    Anda perlu berhati-hati semasa menggunakan pembersih karpet yang berbentuk cecair. Pembersihan secara berlebihan boleh mendorong tumpahan meresap lebih dalam ke dalam gentian permaidani dan meninggalkan kesan tompokan yang lebih teruk. Seboleh-bolehnya, rawat kotoran pada karpet anda sebaik sahaja ia berlaku.
  3. Jemur Karpet Di Bawah Cahaya Matahari.
    Cahaya matahari sangat baik untuk mengeringkan permaidani dan membunuh bakteria dan kotoran yang tidak kelihatan.

Bagaimana Cara Melakukan “Deep Clean” Permaidani/Karpet Tanpa Menggunakan Mesin?

  1. Sediakan sebaldi air suam dan alat pembersihan.
  2. Vakum terlebih dahulu kawasan yang ingin dibersihkan untuk menyingkirkan kotoran dan habuk.
  3. Jika menggunakan baking soda, taburkan sehingga kesan kotoran terlindung sepenuhnya. Manakala, jika menggunakan sabun pinggan mangkuk, ukur saiz kesan kotoran dan gunakan 1 sudu besar setiap 6 hingga 8 inci stain.
  4. Kacau sehingga berbuih.
  5. Gosok kesan kotoran dengan air suam menggunakan berus lama, kain buruk atau tuala.
  6. Jangan basahkan lantai sepenuhnya, cukup basahkan sekadar untuk menyental kotoran.
  7. Hidupkan kipas dan buka tingkap yang berdekatan supaya permaidani/karpet cepat kering apabila terkena udara.
  8. Setelah kering, vakum semula.
cara mudah cuci karpet
Gambar dari syundyukov.tolya

Bagaimana Cara Melakukan “Deep Clean” Permaidani/Karpet Menggunakan Tangan?

Untuk melakukan pembersihan dengan menggunakan tangan, anda perlukan bahan pembersihan seperti berikut:

  • Campuran air dan sabun pembersih pinggan.
  • Sedikit garam (Garam laut).
  • Sedikit baking soda.

Peralatan yang diperlukan:

  • Berus berbulu keras dan botol semburan.
  • Beberapa helai kain buruk lama atau menggunakan baju lama yang tidak dipakai.
cara mudah cuci karpet
Gambar dari : Family Handyman 

Langkah Melakukan “Deep Clean” Permaidani/Karpet Menggunakan Tangan.

  1. Mulakan dengan mencampurkan sedikit sabun (1/8 sudu teh) dengan air dalam botol semburan. Elakkan menggoncang terlalu lama, biarkan ia bercampur.
  2. Taburkan baking soda dan garam laut pada bahagian atas kawasan yang ingin dibersihkan.
  3. Semburkan sedikit campuran air sabun pada bahagian yang sama dan biarkan selama beberapa minit.
  4. Berus permaidani dalam satu arah. Ia akan mengumpulkan rambut, bulu-bulu halus dan kotoran supaya mudah untuk diambil dan dibuang.
  5. Jika masih terdapat rambut/kotoran, gerakkan berus 90 darjah dari arah asal dan lakukan semula seperti point nombor 4 tadi.
  6. Tekan tuala pada permaidani, biarkan ia menyerap air.
  7. Setelah kawasan tersebut sudah mula mengering, isikan botol semburan dengan air paip biasa dan semburkan sedikit demi sedikit permaidani tersebut sekali lagi.
  8. Langkah terakhir, tekan kain tuala pada permaidani sekali lagi dan biarkan seketika. Anda akan nampak hasilnya setelah permaidani itu kering sepenuhnya.

Vakum Jenama Apakah Yang Terbaik Untuk Karpet / Permaidani?

Terdapat tiga jenis vakum yang sering digunakan bagi membersihkan kekotoran dan habuk pada karpet supaya lebih selesa untuk digunakan. Iaitu:

Bagless Vacuum Cleaner

Vakum Pembersih Tanpa Beg (Bagless Vacuum Cleaner)

Pembersih vakum tanpa beg jenama Karcher adalah pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan vakum mesra alam dan berkuasa tinggi.

Dengan menggunakan teknologi multi-cyclone, ia membolehkan vakum mengekalkan kuasa sedutan yang tinggi secara konsisten melalui keseluruhan proses pembersihan walaupun beg penapis dipenuhi dengan habuk yang telah disedut.

 Bukan itu sahaja, bekas penapis habuk tersebut juga boleh dibasuh dan digunakan semula. Oleh itu, ia dapat membantu dalam menjimatkan kos untuk membeli beg penapis baru dan mengurangkan pembuangan sisa yang dapat menjejaskan alam sekitar.
Beli di Shopee
Cordless Vacuum Cleaner

Vakum Tanpa Wayar (Cordless Vacuum Cleaner)

Vakum pembersih tanpa wayar jenama Karcher sangat ringan disertakan dengan mempunyai rekabentuk yang tidak memerlukan wayar (cordless). Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bateri ion lithium untuk memudahkan anda membawa vakum ke mana-mana ruang dan senang diangkat ke atas dan ke bawah untuk mencuci kawasan permukaan dengan sangat mudah.

Boleh dikatakan ini adalah vakum yang terbaik untuk pembersihan karpet atau permaidani yang sering menjadi tempat bermain kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Beli di Shopee
Vacuum Cleaner Water Filter

Vakum Pembersih Penapis Air (Vacuum Cleaner Water Filter)

Vakum pembersih penapis air jenama Karcher ialah vakum yang sangat sesuai digunakan oleh pemilik rumah yang mempunyai alahan terhadap habuk dan eczema. Ia sepenuhnya menggunakan kuasa air dengan memutarkan sumber air yang telah berada di dalam penapis pada kelajuan yang sangat tinggi.

Penapis air yang berkualiti tinggi atau lebih dikenali sebagai penapis HEPA di dalam vakum tersebut mampu memerangkap debunga, kulat, bakteria dan hama serta membebaskan udara bersih serta segar.
Beli di Shopee

Bagaimana Cara Untuk Membersihkan Kesan Kotoran Yang Terdapat Pada Karpet?

Kotoran lebih mudah dibersihkan apabila dilakukan pada kadar segera daripada membiarkan ianya terdedah untuk jangkamasa yang lama. Kesan kotoran yang telah mengeras lebih susah untuk ditanggalkan dan dibersihkan serta jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh merebak dengan cepat.

Gambar dari Hometalk.com 

Untuk membersihkan kotoran jenis cecair atau basah, lapkan segera dengan kain bersih yang kering dan harus diingat supaya tidak menekan dengan kuat semasa menggosok kotoran bagi mengelakkan cecair terus meresap ke dalam gentian permaidani/karpet tersebut.

Bagi mencuci kotoran yang telah kering, buang terlebih dahulu kotoran dengan pengikis atau menggunakan berus. Kemudian, basahkan kain pembersih color-fast yang khusus untuk membuang kotoran degil. Lakukan pada kawasan yang terkena kotoran tersebut dari bahagian luar ke dalam. Ulang proses tersebut jika perlu sehingga kotoran itu hilang.

Adakah Terdapat Cara Untuk Mencuci Tumpahan Kopi Yang Telah Lama Pada Karpet?

Gambar dari Squeaky Clean Rugs

Basahkan kesan kopi dengan air suam dan tekan-tekan permukaan karpet dengan lembut. Ulang langkah ini sehingga kesan kopi berkurangan.

Jika anda ingin menggunakan pencuci karpet homemade, campurkan satu sudu besar cecair pencuci pinggan dengan satu sudu besar cuka dan 2 cawan air suam. Ambil kain bersih dan tekan-tekan permukaan karpet. Ulangi langkah ini sehingga bersih.

Pro Tips

Jika kopi yang tumpah mengandungi gula atau krimer, campurkan 1 penutup detergen dengan 1 cawan air suam. Campuran ini akan menguraikan kesan melekit yang dihasilkan oleh krim dan gula dalam kopi tersebut.

Untuk rumah nampak cantik berseri, anda tidak hanya perlu tahu cara memadankan warna karpet dengan cat dinding dengan betul. Tahu menjaga karpet dengan baik dan tidak culas untuk membersihkannya juga memainkan peranan penting agar rumah anda sentiasa ceria.

Walaupun nampak renyah, tetapi sebenarnya anda boleh melakukan deep clean karpet sendiri di rumah. Ikuti cara cuci karpet yang kami kongsikan di atas, pasti karpet anda nampak macam baru sentiasa.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mencuci karpet sendiri atau kotoran pada karpet anda terlalu degil untuk dihilangkan, dapatkan khidmat pakar cuci karpet yang berhampiran dengan anda.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Diterbitkan pada
Januari 24, 2022
Dikemaskini pada
Mac 13, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram