Siapa disini yang ada impian untuk memiliki home library sendiri ataupun perpustakaan mini di rumah anda? Pasti ada antara kita menginginkan satu perpustakaan dirumah agar ia dijadikan ruang untuk membaca buku dengan tenang dan senyap.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Hasma Ismail telah berkongsikan dengan kita semua bagaimana beliau berjaya menarik perhatian orang ramai. Beliau telah makeover satu bilik membaca biasa menjadi perpustakaan mini.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda gambar-gambar makeover perpustakaan mini yang dilakukan sendiri oleh beliau dan juga bahan yang digunakan sepanjang makover ini daripada beliau yang bermodalkan RM9K. Jom kita tengok.
Memang impian saya ada home library sendiri. Kini sebab anak-anak mungkin akan bersekolah di rumah saja hingga waktu yg kerajaan tetapkan saya bersyukur mereka boleh selesa belajar.
Susunan perabot, design kabinet buku dan pilihan warna semua suami saya yg buatkan. Dia juga yang cat sendiri. Kabinet tempah tukang kayu.
Sofa, meja kopi dan tangga rak buku dari Ikea. Pokok-pokok palsu dari Ikea dan SSF. Meja belajar dan kerusi dari kedai perabot dekat rumah je.
GAMBAR SEBELUM MAKEOVER DILAKUKAN
Ini adalah gambar akan keadaan bilik yang dulu sebelum makeover dijadikan perpustakaan mini.
HASIL SELEPAS MAKEOVER DILAKUKAN
Tadaaaaaa. Inilah dia wajah baru bilik yang dahulunya biasa sahaja sekarang sudah menjadi perpustakaan mini.
Kombinasi warna hijau pada dinding adalah penting kerana ia membuatkan anda berasa tenang terutama sekali ketika membaca buku. Manakala pilihan warna coklat dan putih pada perabot menaikkan seri bilik tersebut.
KOS MAKEOVER PERPUSTAKAAN MINI
Menurut Hasma Ismail, kos untuk makover bilik ini menelan belanja lebih kurang dalam RM8,600. Ini adalah perbelanjaan lebih detail:
1. Kabinet (8x9x10kaki) = RM7,000
2. Cat = RM500
3. Vinyl Flooring = RM900
4. Perabot ada yang baru dan lama = ~RM2,000
Macam mana dengan makover ini? Cantik bukan? Sesuai untuk anak dan anda juga untuk membaca ataupun mengulang kaji pelajaran dengan keadaan suasana yang senyap dan tenang. Apa kata anda jadikan perkongsian ini sebagai inspirasi anda.
Sumber : Hasma Ismail
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Tampal “Shera Plank” Pada Dinding Menghasilkan Kediaman Ala-Ala English Cottage