Projek Makeover Bilik Tidur Di Rumah Kampung Waktu PKP

Ditulis oleh

Apabila kita sudah hampir beberapa tahun kita menyewa diluar ini, sudah pastinya kita akan meninggalkan kampung halaman yang tersayang. Jadi, segala barang-barangan terutama bilik tidur kita dikampung halaman pasti ditinggalkan juga.

Seperti yang dikongsikan oleh Nass Jusoh ini, beliau menyatakan bahawa beliau kembali ke kampung halaman setelah hampir 4 tahun menyewa diluar. Melihat keadaan bilik tidur yang dah lama dibiarkan dan berada dalam pkp, terdetik untuk melakukan  projek makeover bilik tidur. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Selepas 4 Tahun Menyewa, Lelaki Ini Hasilkan Projek Makeover Bilik Tidur Di Kampung Halaman

Hai semuanya! Harini nak share panjang sikit. Nak share MCO Room Makeover Project yang telah berjaya di buat sepanjang quarantine ni.

4 tahun lebih menyewa kat luar, sekarang baru betul2 boleh ubah bilik tidur kat rumah parents ni. Jujurnya agak mati akal nak deco sebab rumah kayu.

Tapi bila tengok balik kayu cengal yang dah varnish ni sayang kalau cat, ada tak macam saya?Haha. Jadi saya varnish semula dengan warna agak gelap.

Bahagian Bilik Tidur Yang Lama Ditinggalkan

Inilah dia keadaan bilik tidur saya yang asal. Ditinggalkan hampir 4 tahun sebab saya menyewa diluar. Jadi, terdetik untuk membuat makeover bilik tidur ni alang-alang dah pkp.

Projek Makeover Bilik

Projek Makeover Bilik

Projek Makeover Bilik

Rupa Bilik Tidur Di Halaman Kampung Selepas Makeover

Alhamdulillah. Setelah bertungkus lumus melakukan makeover bilik ini. Ahirnya siap juga. Jangan di tanya konsep apa, saya rasa kena dengan mata saya letak. Hehehehe.

Masukkan barang perabot yang rata-ratanya dibeli kat Shopee. Ada juga beli di kedai 2CO dan Mr DiY. Saya cat balik siling, adik buat wiring sikit, ubah balik kedudukan perabot dan tadaa.

Mujur ada adik laki 2 orang boleh tolong mana patut. Haha. Dannn hasilnya tak adalah gempak tapi selesalah mata memandang.

Projek Makeover Bilik

Projek Makeover Bilik

Projek Makeover Bilik

Projek Makeover Bilik

Next project? Bilik parents kot. Hehe. Yang nak tengok video boleh tengok di link dibawah ni.

Sumber : Nass Jusoh

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 25, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram