Jika membeli rumah yang telah lama ditinggalkan dan lusuh, sudah pasti banyak benda yang perlu dibuat dan dibaiki. Mana tidaknya, bermacam-macam barang yang sudah hilang. Ada juga barang yang curi dan sebagainya. Untuk rumah yang dibeli ini, hanya bilik air sahaja masih selamat, tetapi malangnya tangki air dan sinki juga habis lesap hilang dibawa lari oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki dan suami yang bernama Auf Razak. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah terbiar 13 tahun jadikan teratak syurga.
Hanya nak kongsi sikit. Saya beli rumah ini tahun 2016. Rumah ini sebenarnya pemilik sebelum ini beli untuk anak mereka. Tetapi sudah terbiar selama 13 tahun sebelum kami beli.
Ini adalah semasa baru sahaja beliau membeli rumah ini. Cuci dahulu apa yang patut.
Ini pula adalah semasa rumah ini diberi sewa sementara oleh kerana beliau pergi melanjutkan pengajian di Langkawi. Beliau sambung belajar ketika baru berkahwin, isterinya pula buat tuisyen matematik rumah ke rumah ketika itu dan sekarang secara online. Oleh kerana kekangan bajet, mereka upgrade rumah ini sikit-sikit. Gunakan apa yang ada sahaja dulu janji selesa untuk tinggal.
Gigih naik motor dari nilai ke seremban punya Kedai Eco sebab nak cari Lantai Vinyl yang macam itu juga. Semasa mahu pulang, hujan pula, Nasib baik sempat sampai rumah sebelum lebat. Waktu ini hujan sangat lebat. Mereka hanya pakai plastik sampah sahaja sebagai baju hujan.
Gambar sebelum basah kuyup.
Tips : Gam sudah sedia ada pada lantai vinyl itu tak kuat sangat tau. Mereka gunakan gam yang tembak itu, berbentuk silinder. Iaitu Gam Xbond. Bagi memastikan vinyl tersebut melekat kuat pada dinding, boleh guna gam ini. Dekat Shopee pun ada jual.
Keadaan dinding setelah selesai dipasang vinyl.
Inilah hasil setelah rumah selesai di deko. Walaupun hanya simple tapi cukup cantik dan menarik. Kos keseluruhan untuk dinding seperti ini tak sampai RM300. Memang jimat habis. Apa pun, memang berbaloi buat sendiri, memang penat tapi puas hati.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga berkongsian ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam cuba mendeko rumah lama. Semoga bermanfaat.
Baca juga : Ubahsuai Rumah Lama Seram Menjadi Teratak Yang Indah!