Proses Cantikkan Bahagian Luar Rumah Dengan Corak Kayu

Ditulis oleh

Rumah kampung ini kalau dibiarkan tidak dijaga sudah pastinya akan menjadi lebih teruk dan buruk. Jadi, jika ada diantara kita ini yang masih lagi menetap di rumah kampung pastikan anda menjaga untuk cantikkan bahagian rumah kampung tersebut.

Untuk mencantikkan bahagian rumah ini anda oleh lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Zunaida Honey ini. Beliau kongsikan proses cantikkan bahagian rumah kampung beliau berusia 27 tahun dengan letakkan corak kayu. Proses tersebut dilakukan oleh suaminya.

Hasil akhir proses tersebut juga telah dikongsikan bersama. Jadi, jom kita melihat perkongsian daripada Zunaida Honey bagaimana beliau cantikkan dinding luar rumah kampung ini.

Proses Cantikkan Bahagian Luar Rumah Yang Berusia 27 Tahun Dengan Corak Kayu

Mekap kan rumah kampung yang berusia 27 tahun. Tukang hujung minggu je. Sabtu start, Ahad siap. Dua orang pekerja, sorang tukang, sorang mandor yang garang. Jadilah cantik dimata sendiri.

Proses Mencantikkan Bahagian Luar Rumah Dilakukan

Inila dia bahagian yang bakal dilakukan proses untuk mencantikkan rumah kampung yang berusia 27 tahun ini.

Cantikkan Bahagian Rumah

Proses dimulakan dengan melakukan frame untuk bahagian tingkap ini. Frame ini menggunakan cornish dan ianya diperbuat daripada gabus. Boleh didapati di kedai hardware berdekatan.

Cantikkan Bahagian Rumah

Seterusnya ialah memasangkan cement board pada bahagian dinding ini. Untuk memasang ni lebih baik gunakan drill berbanding tangan sebab risau rosak dinding kalau guna tangan.

Untuk warna pula ianya menggunakan cat berjenama TOA woodstain paint gloss.Cement board dan juga cat tersebut boleh dapatkan di Shopee. Tingkap tu juga sememangnya yang asal daripada rumah kampung tersebut.

Final touch up sebelum proses ini berakhir.

Hasil Akhir Proses Mencantikkan Bahagian Dinding Rumah Kampung

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir proses yang dilakukan ini. Walaupun simple jer proses ini dan hanya dibuat dalam masa 2 hari, sememangnya berpuas hati dengan hasil diri sendiri ini.

Cantikkan Bahagian Rumah

Cantikkan Bahagian Rumah

Sumber : Zunaida Honey

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 16, 2022
Dikemaskini pada
Februari 16, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram