Makeover Rumah Flat 806sqft Hasil Kreativiti Sendiri

Ditulis oleh

Makeover merupakan satu aktiviti yang boleh membuka minda dan idea seseorang itu. Ia juga dapat meningkatkan lagi daya kreativiti sesorang untuk mengembangkan lagi idea mereka. Satu perkongsian daripada Fazreen Yunus di laman sosial Facebook beliau iaitu melakukan makeover rumah flat yang hanya berkeluasan 806sqft hasil idea dan kreativiti sendiri.

Hasil Idea Dan Kreativiti Mampu Makeover Rumah Flat Berkeluasan 806sqft Menjadi Lebih Cantik Dan Sempurna

Settle sudah makeover rumah berkeluasan 806sqft. Beli yang mana patut. Wiring semua dan memasang aksesori baru serta spray sahaja yang mana nampak buruk.

Ini perkongsian gambar ruang tamu sebelum melakukan proses makeover.

makeover rumah flat

Ini gambar ketika proses makeover di ruang tamu yang sedang dijalankan.

Warna kelabu adalah pilihan warna yang dipilih oleh beliau. Warna ini sangat sesuai dan dapat mewujudkan lagi suasana rasa tenang dan memberikan tenaga apabila pulang dari kerja.

makeover rumah flat

Jenama cat: Jotun

Nama cat: Pebblestone

Ini cara beliau memasang wainscoting hanya menggunakan cable casing sahaja. Kreatif!

makeover rumah flat

Wainscoting tu jimat sikit sebab saya hanya menggunakan cable casing sahaja termsauk di bahagian pintu bilik, selagi boileh jimat kita jimat.

Ini pula gambar proses mencantikkan kembali barangan elektrik seperti kipas, lampu bergantung dan kitchen hood dengan menggunakan kaedah semburan (spray) warna hitam yang kelihatan lebih menawan.

Lagi satu, kipas dan kitchen hood saya spray semula je, bagi nampak macam baru.

makeover rumah flat

makeover rumah flat

Gambar sebelum makeover di ruang dapur rumah.

Proses meleraikan kabinet lama di ruang dapur.

makeover rumah flat

Akhirnya, ini adalah hasil selepas pemasangan wainscoting, kabinet dapur serta barangan elektrik pada rumah beliau. Perbezaan yang sangat menarik hasil daripada kreativiti dan idea beliau sendiri dengan suasana yang lebih menenangkan.

makeover rumah flat

Semoga perkongsian ini akan memberi inspirasi kepada pembaca Giler Deco. Selamat mencipta inspirasi!

Peminat konsep minimalis wajib baca Makeover Rumah Kosong Berkonsepkan "White Minamalist"

Sumber Fazreen Yunus

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 8, 2021
Dikemaskini pada
Disember 8, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram