Renovate Seluruh Rumah Hanya Berpandukan YouTube!

Ditulis oleh

Secara umumnya, ramai orang yang berkeinginan untuk mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang asas dalam bidang pertukangan. Sebagai contohnya Jinggo Zaidi di dalam satu perkongsian di laman Facebook beliau berkongsi hasil renovate seluruh rumah yang sangat menarik.

Mempunyai asas dalam bidang pertukangan ini adalah satu keistimewaan untuk melakukan kerja penyelenggaraan di dalam rumah sendiri tanpa memanggil atau mengupah orang luar. Menurut perkongsiannya, beliau mampu renovate dan makeover rumah hanya berpandukan ilmu di platform YouTube sahaja! Sungguh menarik dan ramai netizen memujinya dan kagum dengan hasil yang beliau kongsikan.

Berkat Mendengar Kata-kata Isteri, Lelaki Ini Mampu Renovate Seluruh Rumah Dan Makeover Rumah Dengan Hanya Berpandukan YouTube!

Antara kerja gila yang pernah aku buat time PKP hari tu. Semua belajar dari YouTube je. Teringin nak renovate tapi bajet ciput je.

Asal nak pecahkan toilet je, sekali ikut cakap isteri jadi satu rumah aku pecahkan. Masalah yang aku hadapi terpaksa buat sorang2 pasal time PKP sehingga kena serbu juga lah dengan pihak polis, nasib baik aku sorang je dalam rumah tu.

Berkat mendengar kata isteri dan sabar demi menyiapkan rumah untuk memberikan keselesaan kepada keluarga tercinta, maka inilah hasilnya sebelum dan selepas renovate. Jom kita lihat transformasi rumah beliau sekeluarga.

Rumah kecil, 15k pun tak sampai. Barang banyak beli dari shopee dan lazada. Memang murah banyak. - kata beliau

Proses memecahkan jubin lantai yang lama di ruang dapur dan pemasangan jubin baru.

renovate-seluruh-rumah

Proses mengecat pada ruangan atas di bahagian dapur dan laluan ke bilik.

renovate-seluruh-rumah

Proses pemasangan backspalsh di ruang dapur.

Pemasangan jubin di dinding bilik air serta pemasangan kayu komposit sebagai lantai dalam bilik air

renovate-seluruh-rumah

Pemasangan rangka untuk meletakkan siling bagi menutup saluran air buangan.

Proses pemasangan dinding shiplap dan vinyl flooring di ruang tamu

renovate-seluruh-rumah

Ini adalah gambar sebelum dan selepas hasil renovate dan makeover oleh beliau

Ruang dapur

renovate-seluruh-rumah

Ruang tamu

Ruang makan

renovate-seluruh-rumah

Tandas

Laluan ke bilik

renovate-seluruh-rumah

Ni betul tangan emas. Pegang bata jadi dinding, pegang jubin jadi lantai- komen netizen

Selamat berinspirasi!

Sumber Jinggo Zaidi

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 13, 2021
Dikemaskini pada
Disember 13, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram