Setiap rumah biasanya akan ada satu bilik khas yang disediakan untuk tetamu. Bukan hanya bilik anda sahaja yang harus didekorasikan dengan cantik. Malah bilik tetamu pun anda perlu hiasnya juga. Tidak elok jikalau anda bagi tetamu yang datang bertandang untuk tidur dibilik yang tidak selesa. Jadi untuk perkongsian hari ini adalah mengenai tips dekorasi bilik tetamu kecil.
Daybed memainkan dua peranan. Boleh jadi tempat duduk rehat masa siang, malam boleh jadi tempat tidur. Dan ia memang katil sebenarnya. Rangka dan tilam bersaiz single. Cuma rekabentuknya dibuat berbentuk kerusi rehat yang luas dan panjang.
Bagi menampakkan wow dan berfokus, dinding fokus utama diwarnakan dengan menonjol. Nak tahu mana satu dinding fokus utama, tipsnya ialah apabila buka pintu, dinding itu yang mula-mula kita terlihat dahulu.
Langsir adalah watak dominan dalam sesuatu ruang. Sebagai contoh anda sudah memasang langsir yang sangat menonjol dengan warna emas, lukisan dinding yang dicari yang bersesuaian dengan warna emas langsir.
Daybed akan menampakkan rangkanya. Jadi bantal yang menarik boleh digunakan untuk menutup rangka bagi mendatangkan kesan selesa dan empuk. 4 bantal besar dengan skema warna yang bersesuaian disusun bersama. Kemudian ditambah dengan bantal kusyen kecil sebagai penyerinya.
Oleh kerana semua elemen dalam bilik ini tidak bercorak dan kosong, cadar yang digunakan adalah cadar bercorak bagi menaikkan seri suasana. Untuk ruang kecil, pastikan hanya satu elemen saja yang bercorak untuk nampak lebih luas. Seperti bilik ini, cadar memainkan peranan untuk menceriakan suasana dengan corak-coraknya.
Hamparan yang bersaiz sederhana memberikan rasa selesa. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil. Apabila ada hamparan, selesa untuk tetamu solat, duduk bawah lantai berehat atau menjadi tempat untuk tidur rehat juga.
Lengkapkan meja, kerusi dan cermin pada satu bahagian yang bertentangan. Ia menjadi pelengkap bilik di mana tetamu boleh menggunakan meja dan kerusi kerja. Dalam masa yang sama ia boleh digunakan sebagai meja dan cermin mempersiapkan diri.
Ini adalah elemen paling penting yang selalu diabaikan. Karakter dan suasana bilik dipengaruhi oleh aksesori dekorasi. Pasu dan pokok hijau cukup menaikkan seri bilik. Ia menjadikan bilik nampak lebih eksklusif. Gandingkan beberapa pasu dalam satu sudut yang sama untuk nampak impak lebih dramatik.
Bagi menambahkan lagi kesan dramatik, lampu tidur berdiri dilengkapkan untuk bilik ini. Ia boleh membantu tetamu berehat dengan warna jingga sejuk. Terutamanya bagi tetamu yang punya anak kecil atau orang tua. Lampu tidur ini dapat membantu dalam mencipta suasana berehat yang selesa walaupun ruang kecil sebegini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mendekorasikan ruang tetamu yang kecil dengan kemas dan cantik.
Kredit : Khairunnisa Hamzah
Baca juga : Macam Sarang Kuntilanak ! Pasangan Ini Transformasi Rumah Lama Yang Ditinggalkan Menjadi Teratak Yang Indah!