Panduan Sukatan Bancuh Simen Yang Betul

Ditulis oleh

Kepada anda yang ingin melakukan apa jua transformasi rumah, ubahsuai dapur atau juga kerja-kerja renovasi ini wajib untuk mengetahu asas-asas untuk membancuh simen. Jadi, apabila melakukan kerja-kerja tersebut anda sudah pun mengetahu bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

Namun untuk anda yang masih belajar dan tidak tahu apa-apa dalam proses membancuh simen ini boleh tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Hassan Hardware ini. Ia menunjukkan panduan dan juga sukatan untuk membancuh simen dengan betul.

Diharap dengan perkongsian daripada Hassan Hardware ini anda mengetahu cara untuk membancuh simen dengan sukatan yang betul dan melancarkan segala kerja-kerja yang ingin dilakukan.

Panduan Sukatan Bancuh Simen Yang Betul Untuk Bata, Plaster, Render Dan Konkrit

Panduan Sukatan Bancuh Simen Yang Betul Untuk Anda

1) Guna Mixer - Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.

2) JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan....masukkan air sikit-sikit dulu.
3) RULE OF MIXING - sukatan dlm unit ukuran berat....cth 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata.
TAPI aku hentam jer ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.

4) Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasar kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja. Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dgn ketahannya untuk long term.

Panduan Sukatan Bancuh Simen

5) ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.

Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun atur nya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata. Baru masukan air. Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.

6) LEBIH AIR!! Yer mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air, jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan. Tukang tak suka bancuh macam ni sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.

Nisbah Bancuhan Konkrit

Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.

Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :

1kg = Simen

2kg = Pasir

4kg = Batu

Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.

Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu.

Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.

Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air

Panduan Sukatan Bancuh Simen

Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :

a) G15 (1:3:6)

b) G20 (1:2:4)

c) G25 (1:1.5:3)

d) G30 (1:1:2)

Walau bagaimanapun untuk penambahan "safety factor" dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.

Sumber : Hassan Hardware Jamal The Solo Builders

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram