Tips Dan Triks Hiasan Kondo Mewah Elegan Yang Patut Anda Cuba!

Ditulis oleh

Memiliki rumah sendiri  boleh dikatakan adalah salah satu kejayaan besar dalam diri kita. Lagil-lagi apabila anda membeli rumah tersebut dengan hasil titik peluh anda sendiri. Jika anda baru sahaja membeli rumah sudah pasti banyak benda yang parlu anda buat terutamanya dari segi dekorasi supaya nampak mewah. Jadi kali ini Giler Deco mahu kongsikan satu perkongsian dari Deco Guru di laman twitternya iaitu tips dan triks hiasan kondo mewah elegan yang patut anda cuba.

Tips dan Triks :

 
1. Padankan perabot yang agak gelap, kabinet atau katil dengan wall yang cerah. Padanan warna ini tidak bertujuan bilik nampak luas atau ceria seperti tips yang kami biasa beri sebelum ini, memang untuk rasa macam orang kaya sikit.

Warna : Dark Wood Grain.

 
2. Untuk beri ruang tamu ada ", strong impression", alang-alang gelap biar bagi gelap terus seperti dark wood grain ni. Layout kondo sekarang memang buka pintu terus nampak living room, warna yang ada "strong impression" macam ini baru lah ada tetamu masuk mood mewah tu terus.

3. Feature wall ini adalah focus point yang boleh beri statement apa sebenarnya kita nak bawakan pada tema keseluruhan ruang. Jadi memang perlu gelapkan. Tema mewah ini memang banyak main warna gelap, cuma perlu gelap pada tempat yang betul.

4. Masih ada ruang untuk warna yang tidak berapa gelap (wood grain colour). Contohnya meja makan dan kabinet dapur yang warnanya kita padankan terus. Warna wood grain ini cuma perlu main dalam 30% dari keseluruhan warna, agar unsur dark tu masih ada lagi.

5. Pendant lamp ni sangat sangat kerap kami tekankan. Pertama memang nampak cantik dan keduanya bila buat macam ni banyak ruang boleh dijimatkan. Kalau 1satu lampu kalimantang anda letak untuk cover seluruh bilik, memang taklah rasa mewah. Susun macam ni barulah rasa nampak mewah.

6. Akhir Sekali, Ambil tiga warna dan pilih mana satu yang nak jadi warna utama (60%) warna sekunder ( 30%) dan warna minoriti (10%). Cara pemilihan tiga warna ni boleh rujuk seperti yang dah diceritakan diatas ini.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan untuk hari ini. Diharap tips dan triks ini dapat memberi idea untuk anda dalam menghias kondo supaya nampak mewah.

Baca juga : Murah! Jimat ! Projek D.I.Y Transformasi Rak Dapur Kayu Kepada Rak Floating Tv Yang Menarik

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 12, 2021
Dikemaskini pada
Januari 12, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram