Ubahsuai Rumah Teres Konsep "Scandinavian Minimalis"

Ditulis oleh

Kediaman yang bertemakan konsep "Scandinavian Minimalis" ini merupakan kediaman yang menerapkan gaya hidup yang sederhana. Namun, susun atur untuk perabot yang didalam rumah ini tidak akan terlalu sempit dengan perlbagai aksesori tambahan.

Seorang 3D Visualiser bernama Hamini Madini ini telah menghasilkan ubahsuai rumah teres beliau berkonsepkan "Scandinavian Minimalis". Beliau menyatakan keluasan rumah teres beliau yang sebesar 435 Sqft ini memang sesuai untuk konsep sebegitu.

Pelbagai bahagian dan juga ruangan telah di ubahsuai menjadi konsep scandinavian minimalis ini. Hamidi juga telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama untuk kediaman rumah beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Ubahsuai Rumah Teres Dari Kosong Kepada Konsep "Scandinavian Minimalis"

Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan sahaja dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu pinterest

Ubahsuai Rumah Teres 2 Tingkat

Bahagian Dapur (Sebelum)

Kerja-kerja pembaikkan pada bahagian dapur sedang dijalankan. Ia memerlukan masa dan tenaga untuk memecahkan dinding dan membuat dinding yang baru.

Bahagian Dapur (Selepas)

Inilah dia hasil pada bahagian dapur selepas kerja-kerja dilakukan. Berbekalkan dengan konsep laundry area bergabung dengan ruangan dapur.

ubahsuai rumah teres

Bahagian Ruang Tamu (Sebelum)

Ini pula merupakan bahagian ruang tamu. Sangat kosong dan tiada apa-apa barang lagi.

Bahagian Ruang Tamu (Selepas)

Tadaaa!!! Ni lah hasil selepas beberapa touch up sedikit pada ruangan ruang tamu yang kosong tadi. Akhirnya, nampak cantik dan sedap mata memandang.

ubahsuai rumah teres

ubahsuai rumah teres

Bahagian Koridor Tangga (Sebelum)

Bahagian ruangan tangga ini boleh dilihat sangat kosong dan tidak menarik. Pada ruangan ditepi tangga itu boleh dijadikan sebagai untuk berehat.

Bahagian Koridor Tangga (Selepas)

Bahagian permukaan tangga ini telah dipasangkan Lush Vinyl Interlock Plank iaitu sejenis kayu yang kukuh. Pada bahagian ruangan ditepi tangga tu, saya letakkan sofa dan sedikit wall shelf untuk menaikkan lagi dekorasi pada ruang tersebut.

ubahsuai rumah teres

Sumber : Hamini Madini

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 23, 2021
Dikemaskini pada
Mei 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram