Kabinet Dapur 101 : Ini 3 Perkara Yang Wajib Anda Tahu

Ditulis oleh

Anda ingin memasang kabinet dapur tetapi tidak tahu apa yang perlu anda tahu sebelum memasangnya? Tersilap pilihan, anda mungkin terpaksa renovate dapur semula di masa hadapan.

Sebelum memasang kabinet dapur, anda haruslah mengetahui jenis material kabinet dapur yang sesuai dengan ruang dapur dan bajet anda. Anda juga perlu tahu cara untuk ukur kabinet dapur supaya ia tepat dan tidak berlaku pembaziran.

Jom lihat perkongsian kali ini berkaitan dengan cara ukur kabinet dan jenis material kabinet dapur yang sesuai dengan ruang dapur anda sekali gus dapat membandingkan kualiti dan harga. 

4 Jenis Material Kabinet Dapur

Kabinet dapur Melamine / ABS Melamine

Melamin merupakan material yang paling popular untuk membina kabinet dapur di Malaysia. Ia boleh bertahan selama 3-5 tahun dan mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak. Terdapat dua jenis melamin iaitu kalis air dan tidak kalis air. Saiz melamin yang terdapat di pasaran adalah 6’ x 8’ x 16 mm dan sangat berat. 

Kredit: Welco Kitchen
KelebihanKekurangan
Tahan lasak
Mudah dibersihkan
Kalis air, anti calar dan anti anai-anai
Kemasan yang konsisten
Lebih murah
Berat untuk memasangnya
Kerja pemasangan yang susah dan harus teliti

Kabinet dapur Plynyatoh Sandwich

Plynyatoh sandwich mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama adalah papan lapis meranti biasa yang bersaiz 3.6mm, lapisan kedua adalah kayu meranti yang bersaiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir adalah papan lapis yang berwarna putih bersaiz 3mm. Ia mempunyai pelbagai corak dan warna pilihan. Ia boleh bertahan selama 5-10 tahun.

Kabinet dapur nyatoh, Home & Furniture, Furniture on Carousell
KelebihanKelemahan
Sangat ringan
Mudah kering
Senang dibersihkan
Tahan lebih lama berbanding melamin
Harga yang mahal
Memerlukan pemasangan kerja yang lama
Kos yang tinggi untuk pemasangan

Kabinet dapur Blockboard

Blackboard terdiri daripada susunan jalur kayu blok jenis (Resak) dan memerlukan HPL laminated atau Formica (Brand Laminated) yang berketebalan 1mm untuk bahagian kemasan permukaan luar jadi pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih. 

Antaranya ialah Solid Colour (Matte & High Gloss), Fabric Texture, Natural, Woodgrain, Graphic Colour dan lain-lain lagi. Ia dilekatkan pada atas papan Blockboard. Setebal 18mm Blockboard digunakan untuk bahagian pintu kabinet supaya ia tahan dan kukuh.

Kabinet Dapur Blockboard Jadi Pilihan – AZR Kitchen Cabinet
Kredit: AZR Kitchen Cabinet
KelebihanKelemahan
Pintu ringan dan tidak mudah rosak
Mempunyai serapan hentakan yang baik dan kukuh
Kalis lembapan dan tahan kepada air
Permukaan HPL Laminated Formica tahan calar
Mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak
Kos penyelenggaraan yang rendah
Teksturnya tidak konsisten apabila ia disusun melintang pada setiap pintu
Memerlukan skil yang tinggi untuk memotong kepingan Formica
Jika pintu terlalu tinggi, ia mudah meleding dan bengkok

Kabinet dapur chipboard

Chipboard diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik dan dimampatkan untuk membentuk papan. Kemasan edging ditutup rapat dengan pvc abs untuk mengelakkan air dan serangga perosak daripada masuk. Ia terdiri daripada 2 reka bentuk iaitu Formica dan Melamine corak kayu. Ia juga adalah sejenis kayu berkualiti tinggi dengan campuran gam hijau pada kayu.

Kabinet Dapur formica fromaica
Kredit: Kabinet Guru
KelebihanKelemahan
Harga yang berbaloi
Anti anai-anai dan kalis air
Susah untuk calar
Tahan hentakan
Anti kulat
Terdapat pelbagai warna dan corak
Tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip menjadi kembang
Sesuai untuk jangka masa yang pendek sahaja
Sangat berat

Anggaran Harga Kabinet Dapur

Harga untuk kabinet bahagian bawah:
RM180 – RM240/kaki

Harga untuk kabinet bahagian atas:
RM40 – RM55/kps

Harga untuk kabinet peti sejuk:
RM60 – RM75 /kps  (lebih mahal berbanding kabinet bahagian atas kerana kedalaman kabinet peti sejuk lebih besar)

Harga untuk kabinet oven/microwave:
RM380 – RM450 (harga untuk kabinet penuh sampai ke siling plaster)

Harga untuk table top quartz stone:
RM150 – RM250 (rate harga mengikut kualiti Quartz Stone)

Harga tambahan kabinet dapur:

  • Aksesori seperti dish rack, spoon tray dan lain-lain lagi
  • Laci kabinet
  • Tebuk lubang sinki dan hob dapur pada table top quartz stone
  • Tebuk lubang pada dinding untk hood dapur (coring)
  • End panel/expose panel (EP) 
  • Pemasangan perkakas elektrik
  • Backsplash pada dinding
  • Kerja paip sinki
  • Kerja wiring
  • Penghantaran dan pemasangan

Cara Ukur Kabinet Dapur

  1. Membuat pelan dapur  – Lakarkan pelan dapur anda dengan jelas dan tepat. 
  1. Lukis susun atur kabinet dapur yang anda inginkan pada kertas tersebut.
  1. Ambil pita pengukur pada satu hujung kabinet dapur.
  1. Untuk mengukur lebar kabinet. Letakkan pita pengukur pada satu hujung dan tarik sampai ke hujung kabinet yang anda mahukan.
  1. Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “w = ? inci”
  1. Untuk mengukur ketinggian kabinet. Letakkan pita pengukur di bahagian atas kabinet dan tarik sampai ke bahagian bawah kabinet.
  1. Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “h = ? inci”
  1. Untuk mengukur kedalaman kabinet. Letakkan pita pengukur di belakang kabinet dan tarik ke luar.
  1. Baca dan tulis bacaan ukuran pada kertas yang telah di lakar. Tuliskan “d = ? inci”

Kesemua jenis material kabinet dapur mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Jadi, ia terpulang kepada anda untuk memilih yang mana terbaik untuk dapur anda. Namun, lebih baik memilih jenis material yang sedikit mahal tetapi berbaloi dan tahan lama. kerana dapur merupakan ruang kerja yang paling banyak digunakan. 


Semoga perkongsian kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pemilihan kabinet dapur dan cara untuk ukur kabinet. Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Disember 29, 2021
Dikemaskini pada
Mac 7, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram