Nak Renovate Dapur? Ini Langkah Yang Perlu Anda Ambil

Ditulis oleh

Dapur adalah jantung bagi sesebuah rumah kerana di ruang inilah ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama dan merupakan tempat yang paling disukai oleh ibu-ibu. Dapur yang berfungsi dengan baik adalah dapur yang kemas, bersih dan wangi. Barulah ibu-ibu lebih bersemangat untuk memasak. 

Tentu di sini ada ibu-ibu yang suka deko dapur supaya bersemangat untuk memasak dan sedap mata memandang. 

Namun, tentu ada yang berasa kurang nyaman dan selesa dengan dapur yang ada sekarang. Ada yang berasa dapur mereka kecil, ingin tukar mozek dan lantai, ingin menambah pulau dapur (kitchen island), ingin tukar susun atur dapur dan ada juga yang ingin mengubahsuai ruang kabinet. 

Kredit: heronwoodcabinetry.ca

Jika anda ingin renovate dapur, ada caranya. Banyak benda yang anda harus pertimbangkan. Ia juga memerlukan bajet yang banyak untuk renovate dapur jika senarai ubahsuai anda panjang. Anda harus melibatkan pasangan anda atau ahli keluarga anda terlebih dahulu kerana projek ini adalah berskala besar untuk keluarga anda.

Renovate Dapur Dengan Menilai Keperluan Dan Kehendak

Ramai pemilik rumah yang terkejut kerana projek renovate dapur memerlukan kos yang tinggi dan ada juga yang kecewa kerana pengubahsuaian tersebut tidak menepati cita rasa mereka. Hal ini berlaku kerana mereka tidak meluangkan masa untuk berbincang dan menentukan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka mampu.

White tile backsplash being installed for kitchen remodeling
Kredit: thespruce.com

Keperluan VS Keinginan

Mulakan bertanya pada diri anda atau pasangan anda apakah masalah yang anda alami dan kenapa anda ingin renovate dapur anda yang sekarang.

  • Adakah ruang untuk memasak terlalu sempit?
  • Adakah ruang untuk menyimpan pinggan mangkuk agak terhad?
  • Adakah anda kekurangan ruang untuk makan?
  • Adakah perkakas dapur rosak atau sudah digunakan terlalu lama?
  • Adakah ruang dapur anda tidak kemas?

Kemudian, senaraikan keutamaan perkara yang anda inginkan pada dapur baharu dan susun mengikut kepentingannya supaya anda dapat membezakan apa yang anda perlukan dengan apa yang anda mahukan. 

DIY VS Kontraktor

Tentukan sama ada pengubahsuaian dapur diuruskan oleh kontraktor am atau DIY sendiri. Jika anda bercadang untuk mencari kontraktor, anda akan mengalami masalah orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah anda dan akan membuat bising selama beberapa minggu dan beberapa bulan. Namun, sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang dan mempunyai kemahiran DIY untuk renovate dapur, anda boleh membuatnya sendiri.

Setakat ini, cara termudah dan paling mahal untuk renovate dapur adalah dengan mengupah kontraktor. Anda boleh menjimatkan wang jika anda bersedia untuk mengupah dan menyelia individu lain untuk melakukan kerja secara langsung. Penjimatan kos anda akan menjadi lebih besar sekiranya beberapa tugas yang anda sanggup dan mampu lakukan sendiri.

Contractor measuring beam for kitchen remodel
Kredit: thespruce.com

Kos

Pertimbangkan kos yang diperlukan untuk renovate dapur. Sekiranya anda tinggal di rumah yang anda beli untuk diduduki sendiri, pasti kos renovate dapur yang tinggi menjadi berbaloi kerana anda dan keluarga anda akan menggunakan ruang tersebut untuk tempoh masa yang lama.

Tetapi jika anda hanya menyewa rumah, pertimbangkan untuk guna kos yang rendah kerana kemungkinan ruang dapur yang kita ingin ubah tidak sama dengan cita rasa pemilik seterusnya.

Reka Bentuk Dan Perancangan Dapur

Sebelum renovate dapur, anda boleh mula mereka bentuk susun atur dapur yang anda inginkan pada sehelai kertas kosong dan fikirkan perkara yang perlu ada di dapur baharu anda. Terdapat 5 susun atur yang anda boleh aplikasikan di dapur anda. Namun, susun atur yang terbaik adalah susun atur yang mempunyai aliran kerja berbentuk segi tiga (kitchen work triangle).

Kredit: nadinestay.com

5 Susun Atur Dapur:

  • Susun atur satu dinding
  • Susun atur galei
  • Susun atur bentuk L
  • Susun atur bentuk dua L
  • Susun atur bentuk U

Cari Tempat Untuk Memasak Buat Sementara Waktu

Anda harus mencari solusi untuk memasak sementara waktu dan makan di ruangan lain sewaktu anda mengubah suai dapur kerana kemungkinan dapur anda tidak akan berfungsi untuk satu jangkamasa tertentu. Dapur memasak, sinki dan peralatan lain akan terputus sambungan dalam masa yang agak lama sekiranya terdapat banyak pengubahsuaian.

Tentukan sama ada anda ingin makan atau membeli makanan di luar atau anda ingin buat satu ruangan di rumah anda untuk dijadikan dapur sementara waktu. 

Perobohan Dapur

Langkah pertama yang anda perlu lakukan untuk renovate dapur adalah dengan merobohkan dapur anda yang sekarang. Ia boleh menjadi kerja yang sukar kerana perlu mengalihkan peralatan lama dan membuang barang lama tetapi ia tidak begitu rumit melainkan perobohan tersebut melibatkan dinding. 

Kerja perobohan ini sama ada anda boleh lakukannya sendiri atau mengupah krew kontraktor am. Sekiranya anda ingin lakukan sendiri, anda harus beringat dan memakai peralatan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga. Anda juga perlu mengatur tempat pembuangan sampah atau cara lain untuk mengangkut serpihan dan sebarang peralatan yang ingin dibuang.

Kredit: ehow.com

Binaan Struktur Dapur

Selepas selesai perobohan dapur, anda atau kontraktor am boleh melakukan apa sahaja kerja rangka yang diperlukan untuk projek renovate dapur. Ia bergantung pada konfigurasi dapur baru anda. Tanya pada diri anda, adakah anda ingin menambah, menggantikan tingkap atau mengalih keluar tingkap lama untuk menambah ruang kabinet? Pada fasa ini, anda bekerja mengikut pelan bangunan yang telah ditetapkan semasa peringkat perancangan. Sekiranya anda ingin mengubah fikiran, anda perlu berbincang dengan kontraktor terlebih dahulu.

Paip, Pendawaian Dan HVAC

Selepas kerja binaan struktur dapur, langkah seterusnya adalah paip, pendawaian dan saluran HVAC (heating, ventilation & air-conditioning). Proses ini dikenali sebagai fasa mekanikal ‘rough in’ dan biasanya dilakukan oleh tukang paip berlesen, juruelektrik dan pakar HVAC yang diupah oleh kontraktor am atau oleh anda sendiri. 

Proses ini adalah lebih baik dilakukan oleh pakar kerana ia memerlukan kemahiran untuk memasang litar dan pemasangan paip. Sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul, anda akan mengalami beberapa masalah dan keselamatan anda tidak akan terjamin. Jadi, lebih baik anda menyerahkan pekerjaan ini kepada yang lebih pakar dan boleh melakukan kerja ini dengan lebih pantas.

Exposed wall with plumbing pipe and blue and red wires
Kredit: thespruce.com

Kemasan Dinding Dan Siling

Sebaik sahaja paip, pendawaian dan sambungan kasar HVAC telah disiapkan dan diluluskan oleh pemeriksa, dinding dan siling boleh ditutup. Anda boleh mengecat dan mengemas dinding serta siling dengan sendiri untuk menjimatkan wang. Walau bagaimanapun, pakar boleh melakukan kerja ini dengan lebih cepat dan agak murah.

Plaster spots on wall with contractor adding more near white bucket
Kredit: thespruce.com

Memasang Lantai

Pemasangan lantai biasanya akan dipasang selepas mengecat dinding dan memasang siling supaya tidak terkena pada lantai. Masa dan perbelanjaan untuk pemasangan lantai bergantung pada jenis lantai yang dipilih.

  • Lantai vinyl – Pilihan lantai yang paling murah dan paling cepat untuk memasangnya. Upah untuk memasangnya juga tidak mahal dan anda juga boleh lakukannya sendiri.
  • Jubin seramik – Jubin ini murah tetapi upah pemasangannya agak mahal kerana memerlukan tenaga kerja yang banyak. Bonus sekiranya anda ingin lakukannya sendiri kerana dapat menjimatkan kos upah tetapi amat memenatkan. 
  • Lantai kayu kejuruteraan (engineered wood flooring) – Harganya lebih murah berbanding lantai kayu keras. Papan ‘tongue-and-groove’ agak mudah untuk dipasang dan boleh DIY. Sesuai untuk dipasang di dapur kerana tahan tumpahan dan titisan air. Lantai kayu yang direkayasa lebih tahan lama dan mampu menahan perubahan dalam suhu, kelembapan dan kelembapan jauh lebih baik daripada lantai kayu pepejal.
  • Lantai berlamina 4G – Lantai berlamina sahaja sangat murah namun tidak sesuai untuk dipasang di ruangan basah seperti dapur. Anda harus lantai berlamina 4G sekiranya ingin pasang di dapur kerana ia tahan air dan kos pemasangannya amat mahal.
renovate dapur
Kredit: mydesignrules.com

Pasang Kabinet Dan 'Countertop'

Selepas memasang lantai, anda sudah boleh memasang kabinet dan ‘countertop’ di dapur anda. Banyak kesabaran diperlukan untuk memasang kabinet. Jika anda ingin DIY sendiri anda perlu mengambil beberapa orang pembantu dan kerja ini mengambil masa sehari atau dua hari untuk siap. 

Memasang ‘countertop’ lebih sukar walaupun ia kelihatan sangat mudah. Sekiranya anda ingin memasang ‘countertop’ jubin seramik, ia lebih baik dipasang oleh pakar jubin. Oleh kerana ‘countertop’ dipasang di atas kabinet, pemasangan ‘countertop’ yang terbaik bergantung pada asas kabinet yang kukuh.

Kredit: ana-white.com

Memasang Perkakas Dapur, Pemasangan Paip Dan Pendawaian

Selepas selesai memasang kabinet dan ‘countertop’, anda boleh alihkan kesemua perkakas dapur anda ke dapur baru. Susun peralatan dapur mengikut cita rasa anda dan gunakan laci dapur kabinet baru anda seoptimum yang mungkin. Tukang paip akan menyambungkan bekalan air pada sinki manakala juruelektrik akan memasang lampu dan menyambungkan suis di dapur. Sekiranya anda mahir dalam bidang ini, anda boleh jimat kos dan tidak perlu mengupah tukang paip dan juruelektrik.

Kredit: lowes.com

Pemeriksaan Dan Penyiapan

Fasa yang terakhir adalah dengan memeriksa pengubahsuaian dapur dan membaik pulih sekiranya ada yang masih belum siap. Jika anda mengupah kontraktor am, lakukan ‘walk-through’ dan senaraikan apa sahaja yang tidak memenuhi kepuasan anda sepenuhnya. 

Kemudian, beritahu mereka termasuk perkara seperti sambungan acuan trim yang tidak tepat, lantai yang tidak rata serta sebarang percanggahan besar yang anda perasan. Ini adalah masa untuk memastikan anda berpuas hati dengan semua kerja yang dilakukan.

Jika anda sudah berpuas hati dengan pengubahsuaian dapur, anda sudah boleh bergotong-royong dapur anda bersama ahli keluarga atau kawan-kawan. Dan sekarang, dapur anda sudah siap! Nikmati ruang dan kemudahan baharu di dapur anda!

Diterbitkan pada
Disember 28, 2021
Dikemaskini pada
Mac 7, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram