Selain ruang tamu, ruang makan merupakan tempat tumpuan pemilik rumah kerana di sinilah tempat untuk berkumpul dan melayan tetamu, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Oleh sebab itu, pemilihan set meja makan yang sesuai memainkan peranan yang sangat besar untuk memastikan ruang ini ‘hidup’.
Berikut merupakan 5 kriteria penting dalam memilih set meja makan:
Untuk post ini, Giler Deco akan berkongsi cara untuk memilih set meja makan mengikut saiz dan jumlah pengguna.
Kebanyakan set meja makan yang dijual di kedai perabot, mempunyai ukuran standard seperti perabot rumah yang lain. Selalunya, meja makan berbeza pada stail dan panjangnya, namun tinggi meja selalunya konsisten atau tidak banyak perbezaan.
Perkara utama yang perlu anda teliti sebelum memilih set meja makan ialah
Berapa ramai orang yang mampu dimuatkan untuk sesebuah meja makan bergantung kepada bentuk meja makan.
Oleh itu, tentukan bentuk meja makan yang menjadi pilihan anda terlebih dahulu sebelum memilih saiz meja.
Pastikan anda mengukur terlebih dahulu ruang makan anda dengan mengambil kira juga saiz perabot lain, seperti sideboard yang akan diletakkan di ruang tersebut.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketinggian meja makan tidak banyak berbeza dari satu meja ke meja yang lain. Anggaran tinggi meja makan yang standard ialah 28 hingga 30 inci. Ianya cukup untuk memastikan ruang antara lutut dan meja makan adalah selesa untuk orang dewasa. Tinggi ini juga sesuai untuk kita makan dengan selesa tanpa perlu membongkokkan badan.
Meja makan kaunter atau counter-height bar semakin mendapat perhatian pemilik rumah di Malaysia. Biasanya meja makan kaunter ini digunakan untuk bersarapan atau ruang bersantai sambil mengopi atau mengeteh.
Tinggi untuk meja makan kaunter adalah sama dengan ketinggian counter top kabinet iaitu 36 inci.
Setiap orang memerlukan ruang sebanyak 2 kaki untuk keselesaan semasa makan. Meja anda perlulah mempunyai kelebaran minimum 36 inci untuk menempatkan makanan dan pinggan mangkuk serta kutleri dengan sempurna. Jika lebarnya kurang, anda terpaksa menyediakan meja tambahan seperti meja bufet untuk meletakkan makanan.
Berikut merupakan saiz meja makan yang sesuai dengan bilangan kerusi mengikut bentuk.
Saiz meja (diameter) | Bilangan kerusi untuk meja bujur atau segi empat tepat | Bilangan kerusi untuk meja bulat atau segi empat sama |
4 kaki (48 inci) | 4 orang | 4 orang |
5 kaki (60 inci) | 6 orang | 6 orang |
6 kaki (72 inci) | 6 orang | 6 orang |
8 kaki (96 inci) | 8 orang | - |
10 kaki (120 inci) | 10 orang | - |
Untuk meja berbentuk bulat atau segi empat sama jarang sekali saiznya melebihi 6 kaki melainkan anda ingin menempah khas meja tersebut.
Jika anda perasan, katalog Ikea mengandungi extendable table atau meja boleh laras.
Meja jenis ini biasanya mempunyai kaki yang boleh ubah atau bahagian atas meja yang boleh dilipat untuk digunakan ketika memerlukan. Sekiranya anda sering menerima tetamu atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli meja seperti ini untuk kegunaan tersebut. Namun, sila pastikan ruang makan anda masih lagi mempunyai ruang yang cukup setelah panjang meja dilaraskan.
Mungkin anda masih lagi keliru bagaimana untuk memilih set meja makan yang sesuai. Di sini kami kongsikan lagi tips pemilihan meja untuk ruang makan yang dikongsikan oleh blog TheKitchn.
Pilihlah saiz yang lebih besar daripada saiz yang dirasakan sesuai. Pemilik rumah selalu saja berkira-kira untuk membeli meja makan kerana merasakan “Oh, saya tak adalah duduk di meja makan selalu.” atau “Keluarga saya hanya ada 3 orang saja.”
Tetapi jika ruang makan anda cukup untuk menempatkan meja makan 6 kerusi, memilih meja dengan jumlah kerusi kurang daripada itu akan membuatkan ruang anda nampak kosong dan tidak ‘berseri’.
Jika meja anda terlalu besar berbanding ruang yang ada, ruang makan anda akan kelihatan berserabut kerana terlalu lebihan ruang yang ada menjadi sempit. Meja makan memerlukan ruang kosong sebanyak 3 kaki pada setiap sisi untuk memberikan ruang kepada pengguna duduk atau bangun dari kerusi.
Meja bulat sangat sesuai untuk mengoptimumkan ruang makan yang kecil. Kakinya tidaklah selebar kaki meja makan berbentuk segiempat. Selain itu meja bulat juga sesuai untuk diletakkan di dapur atau sebagai breakfast nook untuk suasana bersarapan yang lebih santai.
Setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini. Anda dapat sesuatu?