Proses Melakukan Loteng Ruangan Solat Terapung

Ditulis oleh
0

Jika dirumah anda terdapat satu ruangan yang terbiar atau kosong diatas, apa yang anda ingin lakukan terhadap ruangan kosong tersebut? Seeloknya min cadangkan untuk anda lakukan satu loteng khas untuk ruangan solat pada bahagian tersebut.

Proses untuk melakukan ruangan loteng diatas boleh dilakukan macam Shahrizan Mahful ini. Beliau kongsikan proses menghasilkan loteng ruang solat pada bahagian tersebut. Perkongsian tersebut dikongsikan didalam grup Facebook " Tukang Apa Hari Ini".

Menurut Shahrizan Mahful ini, beliau juga ada bertanyakan pendapat dengan ahli grup facebook tersebut dalam menjayakan proses ini. Banyak ahli grup memberikan pendapat masing-masing. Sememangnya beliau sangat menghargai dengan bantuan dan pendapat daripada grup tersebut.

Lelaki Kongsikan Proses Melakukan Loteng Untuk Ruangan Solat Seakan-Akan Terapung

Salam warga Tukang Apa Hari Ini. Siap dah sepenuhnya ruangan solat terapung saya. Saya kongsikan gambar ini untuk rujukan semua. Terima kasih kepada yang memberi komen dan juga idea yang membina dalam 3 hari proses pemasangan loteng terapung ini.

Proses Melakukan Loteng Ruangan Solat

Proses dilakukan dengan memasangkan besi sebagai rangka untuk ruangan loteng terlebih dahulu.

Untuk rangka besi loteng ini, saya pasangkan kerangka besi SH yang berukuran 2 x 6 x 1.9mm

 Loteng Ruangan Solat

Hasil idea daripada ahli-ahli grup TAHI ini untuk melakukan tangga beam pada bahagian ini.

Proses melakukan tangga beam seperti yang dicadangkan.

 Loteng Ruangan Solat

Hasil Akhir Loteng Tangga Ruangan Solat

Proses akhir ini dilakukan adalah dengan mengecat pada bahagian besi tersebut untuk nampak lebih kemas lagi.

 Loteng Ruangan Solat

Untuk lantai pula, saya menggunakan langai cement board dengan ketebalan 12mm. Jadi, ia snagat kukuh dan tidak rapuh. Untuk kemasan akhir lantai gunakan laminate floor.

 Loteng Ruangan Solat

Sumber : Shahrizan Mahful

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
0
Diterbitkan pada
Ogos 21, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 21, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram