Cara Hasilkan Accent Wall Simple Dan Mudah

Ditulis oleh

Accent wall memang boleh dikatakan bukan sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Hal ini kerana kebanyakan rumah zaman moden ini sudah ramai yang menggunakan accent wall ini untuk deco rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan diy accent wall ini iaitu Nik Na. Perkongsiannya adalah mengenai cara hasilkan accent wall simple dan mudah.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.

Cara Hasilkan Accent Wall Simple Dan Mudah :

Atas permintaan beberapa sahabat group. saya kongsikan cara untuk menghasilkan accent wall yang simple ini.
Sudah lama sebenarnya berkenan. Jadi saya decide untuk buat yang simple-simple saja. Boleh la, hasil kerja mak-mak yang dah nak masuk 40an. Tak larat nak buat canggih-canggih.
Nak panjat tangga tu gayat. Nak kena ukur tepat-tepat. Mintak laki kita buat sibuk memanjang. Kita diy sendiri saja lah. Penerangan ada dekat bawah ini.

Pvc wire casing ni boleh beli kat shopee. Lagi jimat, saya beli saiz 6 kakix1 inci. Rm 3.20 sebatang untuk saiz itu.

Accent wall

Paku paling kecil la kot. Paku manja-maja sahaja. Bagi lekat, tak perlu sampai rapat ke dinding.

accent wall

Gam bond. Kalau tak nak cat dinding warna coklat. Beli yang clear. Saya beli warna coklat.Kedai hardware je. Shopee pun ada.

accent wallokay, ni dinding asal. Kesian dia. Dah lama duk sorang tak ada kawan. Bunga dan karpet tu pun letak masa raya baru ni sahaja.

accent wallSesi ukur gap setiap batang casing. Tinggi tak perlu ukur. Saya beli 6 kaki tu macam elok dah. Untuk wall saya ni guna 29 batang.

Mula-mula ukur bawah, gap 1 kaki untuk setiap batang.

Untuk bahagian atas letak tengah-tengah diantara 1 kaki tu. 1 per 2 kaki la maknanya tali tape jangan lupa beli juga kalau yang belum ada.

accent wallKalau nak senang paku dulu tengah-tengah casing. Lepas tu letak gam pada casing dan tampal. Saya banyak pakai paku. Gam untuk touch up sahaja. Takut rosak dinding.

accent wallSetelah siap paku dan gam semua. Proses mengecat pula akan dilakukan.

accent wallSetelah siap mengecat cat. Suami pun balik dan berkata

Ya Allah mama. Bakpo cat tapong-tapong ni?
Tapi ni baru 1st layer la. failed hahaha

accent wallLaki kita cat layer kedua. boleh pakai apa-apa jenis cat air. Yang penting kena 2, 3 layer baru cantik elok. Ni 2 layer sahaja.

accent wallCat telah selesai dilakukan oleh suaminya.

accent wallKita letak bunga-bunga sikit. Bagi naik seri. Tak boleh sarat sangat. Sebab wall dah penuh corak.

accent wallCantik juga kan apa yang dilakukan oleh wanita ini?

accent wallItu sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 17, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 17, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram