Projek Wainscoting Dalaman Rumah Guna Cara DIY

Ditulis oleh

Dekorasi rumah dengan menggunakan kayu mdf pada ketika ini cukup digemari oleh setiap pemilik rumah tidak mengira peringkat umur dann jantina. Hal ini kerana, untuk menghasilkan dekorasi sebegini tidaklah begitu sukar. Secara kebiasaannya, hanya golongan lelaki sahaja yang sering melakukan kerja pemasangan seperti ini. Tetapi tidak pada masa kini, golongan wanita juga turut serta dalam melakukan diy sebegini. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Qaseh Anne. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek wainscoting dalaman rumah guna cara diy.

Tanpa berlengah lagi, jim kita ikuti perkongsian menarik dari wanita ini.

Projek Wainscoting Dalaman Rumah

 

Hasil bertukang sendiri. Alhamdulillah berjaya hasil kerja orang perempuan, puas hati buat sendiri tetapi struggle juga sebab dinding tak rata.

 

Keadaan dinding rumah sebelum dilakukan ubahsuai.

wainscoting dalaman rumah

Penggunaan laser sangat penting dan sering digunakan oleh tukang rumah sebagai pengukur. Ia dapat memudahkan kerja seseorang itu dari guna penimbang air. Ukurannya juga lebih tepat. Laser tersebut biasanya dijual di Shopee, ada juga dekat hardware. Harganya pula adalah dalam RM300 macam itu.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding setelah wainscoting dipasang. Proses seterusnya pula adalah dengan melekatkan cermin dengan menggunakan gam Xbond.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding ruang tamu setelah cermin wainscoting selesai dihasilkan.

wainscoting dalaman rumah

Dinding sebelum dipasang batten wall.

Batten wall mula dipasang pada bahagian dinding tersebut dengan menggunakan kayu mdf. Kayu yang dibeli adalah 4 kaki dan 2 kaki, lebar 2 inci dan tebal 9mm.

wainscoting dalaman rumah

Keadaan dinding setelah dipasang batten wall.

wainscoting dalaman rumah

Batten wall ini dipasang pada bilik tidur supaya ianya kelihatan lebih menarik. Kod cat yang digunakan adalah N1981A jenama Nippon Paint.

wainscoting dalaman rumah

Seterusnya pula adalah penghasilan dinding flute pada bahagian pintu masuk utama.

Proses-proses pemasangan mula dilakukan.

Keadaan bahagian pintu utama setelah selesai dipasang flute wall. Jelas kelihatan cantik dengan dekorasi klasik pada bahagian tersebut.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram