DIY Wall Shelf Dari Lebihan Kayu Bertemakan Warna Putih

Ditulis oleh

Projek DIY Wall Shelf ataupun rak dinding  ini sememangnya sangat popular dan ramai juga antara kita ini melakukannya secara DIY di rumah. Namun, ada juga wall shelf yang dijual secara online dengan harga yang murah namun ia bergantung kepada bahan dan juga kualiti bahan tersebut.

Kadang-kadang membeli rak dinding online ini ada saiz yang kecil dan tidak mencapai apa yang kita nak. Jadi, eloknya lakukan sebuah DIY rak dinding secara diri sendiri macam dilakukan oleh Affandi Armi. Melakukan secara DIY, kita boleh mengukur panjang, ketebalan dan juga kualiti kita hendakkan.

Jom kita lihat bagaimana DIY ini dilakukan oleh Affandi Armi ini dan bagaimana hasil rak dinding yang dilakukan tersebut.

Wall Shelf Secara DIY Yang Dilakukan Daripada Lebihan Kayu Bertema Warna Putih

Kali ni kita D.I.Y rak rempah ratus pulak. Anak tolong buat pokok yang berjuntai tu.

Semua D.I.Y, selain jimat wang boleh buat aktiviti dengan anak2 masa cuti sekolah.

Sekadar yang termampu asalkan tak nampak berselerak dan tak dapat dicapai oleh anak2. Isteri pun tersenyum riang.

Proses Melakukan Dan Hasil DIY Wall Shelf Yang Dilakukan

Kayu dah ada dan siap dengan warna putih. Tinggal pasang sahaja di dinding. Untuk pasang di dinding, gerudikan sahaja agar ia melekat dengan kuat dan kemas.

DIY Wall Shelf

Anak-anak pula nak tolong juga katanya. Kali ni bagi dia melakukan pokok yang berjuntai untuk diletakkan diatas rak dinding tersebut.

DIY Wall Shelf

Mengikut saiz dan botol kaca yang ada. Bahagian atas adalah untuk botol yang kecik dan yang bawah tapak besar adalah untuk botol yang besar.

DIY Wall Shelf

Inilah dia hasil DIY wall shelf yang dilakukan oleh Affandi Armi ini. Simple dan cantik sahaja disertakan dengan susunan botol kaca yang tersusun dengan rapi.

DIY Wall Shelf

Sumber : Affandi Armi

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram