Sesiapa yang menginginkan sebuah pintu kabinet dapur ini mestinya sudah mengetahui harga yang sangat mahal jika ingin melakukannya. Apatah lagi kalau anda ingin mengupah orang memasangnya sudah tentu akan lagi mahal.
Usah risau kerana perkongsian daripada Mohd Zaki ini akan membuatkan anda jimat banyak duit dalam melakukan projek memasang kabinet dapur ini. Beliau berkongsikan cara untuk memasang kabinet dapur yang memerlukan modal yang murah.
Untuk melakukan proses memasang kabinet ini memerlukan beberapa bahan sahaja. Beliau telah kongsikan semua bahan yang diperlukan. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini dalam memasang pintu kabinet dapur.
Projek Mega PKP. Memasang Pintu Kabinet Dapur
Cerita dia macam ni. Anak aku yang hero baru setahun lebih tu asyik dok punggah barang-barang kat dapur. Bini aku dok mengeluh tak larat nak kemas balik. Dia minta aku cari tukang mai buat.
Aku servey harga nak buat dengan bagi ukuran. Anggaran kos lebih kurang RM1500 dan kalau nak tambah drawer kena topup lagi RM200. Total dekat RM1700 juga la nak kena stanby. Duit tu cukup dah tapi masalah dia kawasan Daerah aku PKPD. Tukang tak boleh nak mai.
So aku study cara-cara nak buat kat dalam blog dan youtube. Nampak senang ja. So aku offer kat bini aku nak buat sendiri.
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Aku buat makan masa dekat sebulan juga sebab dengan komitmen kerja sekali tak boleh nak tumpu. Tapi bagi yang pakar aku ingat dalam 3 atau 4 hari boleh siap dah.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Gambar sebelum. Bini aku letak tirai jenis plastik.
Keadaan bila buka tirai tersebut. Kes ni la anak aku dok kerap mai dapur nak punggah barang.
Sebelum nak bina apa-apa kita buat pelan dulu. pelan ni bukan apa supaya kita senang nak kira barang yang nak beli nanti.
Ni barang aku beli bawa balik sendiri.
Antara tool aku aku gunakan. Ada lagi yang tak masuk ni seperti Measuring Tape dan Apit G.
First sekali kita kena buat kerangka kabinet dulu.
Proses menyiapkan kerangka kabinet
Alhamdulillah. Siap dah kerangka. Boleh start buat pintu pulak.
First time buat pintu ni memang kekok wei. Dua tiga kali gak potong nak bagi dapat ukuran tepat.
Jeng jeng jeng. Koi terer sikit nak buat pintu ni.
Tinggal 1 pintu lagi. Bahagian lain nak buat drawer.
Ok. Proses nak buat drawer.
Siap dah drawer kita cuma nak buat laci ja letak kat situ.
Siap dah 2 laci. lagi 2 lagi. laci aku palai kayu pallet. Bahagian bawah laci aku pakai Aluminium Composite Panel.
Hasil Akhir Proses Memasang Kabinet Dapur Ini
Alhamdulillah. Siap dah semua. Keadaan bila dah tutup semua pintu dan laci. Belum koyak plastik lagi.
Tadaa. Bila koyak plastik akan jadi macam ni. Asal nak boh kaler putih. Tapi kedai tu ada stok kaler ni ja. Ok la masuk dengan table top hitam.
Pandangan depan dapur.
Sumber : Mohd Zakri