Cara Membersihkan Dapur Guna Ubat Gigi

Ditulis oleh

Dapur yang berminyak dan kotor mesti menjadi masalah buat  semua suri rumah di luar sana bukan? Mana taknya, selepas memasak mesti dapur terkena tumisan minyak dan kadang kadang sehingga terkena dinding ruang bahagian dapur. Perkongsian kali ini adalah dari roslizawati ibrahim. Perkongsiannya adalah mengenai cara membersihkan dapur guna ubat gigi.

Walaupun kita bersihkan dengan sabun dan span ,ia nampaknya tidaklah 100% bersih dan  berkilat. Jadi, jom kita ikuti petua seorang wanita ini iaitu Rohaslizawati Ibrahim yang berkongsi cara-cara membuatkan dapur gas kita nampak macam baru dibeli dan berkilat. Jom saksikan perkongsian dan langkah-langkah yang ingin dikongsi oleh wanita tersebut.

Cara Membersihkan Dapur Guna Barangan Sedia Ada :

Langkah-Langkah :

1. Sapu ubat gigi pada permukaan dapur dan dicelah-celah tempat yang kotor itu. Pastikan sapu semua tempat yang anda mahu bersihkan itu dengan teliti.

2. Kemudian, gosok guna tuala atau tisu lembap janji benda yang digunakan untuk menggosok itu lembut.

3. Kalau tempat yang degil itu dan susah untuk dibersihkan itu, letak banyak sikit ubat gigi supaya senang untuk dicuci.

4. Bila sudah siap bersihkan, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila sudah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering.
6. Siap.

Mudah bukan cara-caranya untuk mencuci dapur memasak yang kotor ?

Bila sudah berkilat rasa sayang pulak nak masak? Jangan macam itu ya kawan-kawan, lepas ini suami dan anak-anak nak makan apa. Yang paling penting  cara ini murah dan mudah. Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk jika mahu mencantikkan lagi kawasan dapur rumah anda. Selamat mencuba

Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 14, 2020
Dikemaskini pada
Julai 14, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram