Cara DIY Tandas Ruang Sempit Bermodalkan Bawah RM300

Ditulis oleh

Memiliki tandas yang mempunyai ruang sempit bukanlah menjadi isu dan masalah untuk anda dalam cuba ubahsuai bilik air anda kepada gaya baru yang lebih ceria. Bilik air luas atau sempit sekalipun, jika anda pandai menerapkan konsep dekorasi yang bersesuaian, pasti bilik air anda lebih selesa untuk digunakan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Hasya Hanizar. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara diy tandas ruang sempit.

Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.

Cara DIY Tandas Ruang Sempit

 

Sebelum dan Selepas.

Deco toilet ruang sempit, berbulan baru siap. beli barang sikit-sikit. Buat kerja slow-slow. Semuanya diy masa husband pergi kerja dan anak-anak pergi sekolah.

Untuk kos keseluruhan, barang tak beli sekaligus. Beli sikit-sikit sebulan 2,3 barang.

  • Cat tiles putih 1L RM 25. Itu pun ada lebih lagi.
  • Cat dinding atas grey ambil cat lebihan yang lama.
  • Pokok - Nilai RM 15.
  • Cermin - Shopee RM 79.90.
  • Rak shampoo - Shopee RM 18.
  • Paip air dan bidet tak ingat beli di kedai hardware. Rasa bawah RM 40.
  • Vinyl floor - Carpet prima Nilai, sekotak 25pcs RM 36.
  • Paint spray chrome - diy RM 7.

 

Tandas sebelum diubahsuai.

Tandas selepas diubahsuai.

Bahagian dinding dan tingkap sebelum diubahsuai.

Bahagian dinding setelah selesai dicat.

Gambar lain tandas sebelum pemasangan tiles.

Bahagian lantai setelah tiles selesai dipasang.

Tempat letak sabun sebelum diperbaharui.

Tempat letak sabun setelah selesai di spray jadikan gaya baru.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco bilik air. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 14, 2021
Dikemaskini pada
November 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram