Sekarang ini, Negara Malaysia dilanda pemanasan global yang sangat panas. Bahkan juga, anda dinasihatkan untuk menjaga diri sendiri daripada berlakunya perkara bahaya seperti strok haba. Untuk elakkan daripada terjadi strok haba, anda perlu menyejukkan badan diri sendiri.
Takkan semua nak mampu untuk mandi setiap masa kan untuk sejukkan badan. Jadi, alternatif lain ialah untuk menyejukkan diri didalam kolam renang. Macam yang dilakukan oleh Mohd Azman Manok yang telah lakukan projek kolam renang dihalaman rumahnya.
Beliau telah membuat kolam mandi yang besar di halaman rumahnya. Menurut beliau lagi, harga untuk melakukan kolam renang tersebut dikatakan mencecah hampir RM80K. Jom kita tengok perkongsian daripada Mohd Azman Manok ini.
Siap lagi sebuah kolam di parit keroma muar johor. Kolam berbumbungkan polyutherene shade 3 segi menambahkan lagi ketenangan dan mendatangkan suasana redup pada ruang kolam
Jadi nak mandi rasa tenang, redup dan terlindung daripada pancaran terus terik matahari...
Pilihan tema hijau pada swimming pool fiber dan rumput tiruan menambahkan suasana damai lagi tenang
Proses Membuat Kolam Renang Pada Halaman Belakang Rumah
Disinilah tempat untuk saya membuat kolam renang.
Tanpa membuang masa, proses menggali tanah ini dilakukan.
Masa ni masih lagi menggali. Nak gali ni bukannya sekejap sebab satu lori tu dah penuh.
Selesai proses menggali, kini proses memasang jubin untuk kolam dan juga simen lantai dijalankan.
Beralih kepada proses seterusnya iaitu membuat kolam renang yang diimpikan. Untuk bahagian dalaman ini saya menggunakan fiber glass.
Kolam siap sedia untuk digunakan. Sekarang proses memasukkan air yang bersih dan jernih untuk mandi.
Untuk mencantikkan lagi kawasan kolam renang ini, saya beli shade pool daripada shopee. Nak lepak ker santai pun best.
Sumber : Mohd Azman Manok