Wanita Ini Ajar Cara DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki

Ditulis oleh

Susunan perkakasan dapur amatlah memainkan peranan dalam memastikan dapur berada dalam keadaan menarik dan tersusun. Apatahlagi bila mempunyai set-set kuali yang banyak sehinggakan susunan kuali menjadi tidak teratur dan menarik.

Nak susun dalam kabinet bertingkat-tingkat nanti kan susah pula nak ambil nak guna .Oleh itu, selagi ada ruang, apa kata kita memanfaatkan setiap ruang yang ada dapur walaupun ruang yang tampak tersembunyi seperti di bawah sinki.

Seperti yang dikongsi oleh Reezal Jelita ini, beliau membuat secara DIY tempat gantung kuali bawah sinki sebagai ruang tempat menyimpan set-set kuali beliau. Yang paling menarik, mudah nak disimpan dan mudah nak diambil. Jom kita ikuti perkongsiannya.

DIY Tempat Gantung Kuali Yang Simple & Mudah

Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah cabinet sinki.. Modal dalam RM20 saja..

 

Bahan-bahan Yang Diperlukan :

1. Drawer slide - boleh beli di Shopee sepasang dalam RM10

2. Kayu - boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai

3. Hook Screw (cangkuk)

Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa2 kayu yang sesuai.

Langkah-Langkah Untuk Membuat Tempat Gantung Kuali

1. Skru kan 2 bahagian ni

DIY Tempat Gantung Kuali

Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe @ hardware

2. Screw kan dulu 1 bahagian ni. Slider tu juga boleh dicabut dulu 1 bahagian

DIY Tempat Gantung Kuali

Hasil Akhir !!

Tadaaaaa! Ini lah rupanya selepas kita skrukan slider kepada kayu tersebut. Yang paling penting sekali ialah ia boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang paling belakang sekali.

DIY Tempat Gantung Kuali

Macam mana dengan perkongsian daripada Reezal Jelita ini? Menarik bukan? Sangat senang terutama untuk mak-mak yang suka berada didapur dan suka memasak. Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit : Reezal Jelita

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 19, 2020
Dikemaskini pada
Julai 19, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram