Pada masa kini, penggunaan wainscoting dan cermin hiasan dinding (Grand Mirror) sudah tidak asing lagi. Kalau dahulu, mungkin pemilik rumah merasakan untuk melakukan kerja-kerja pemasangan sebegini agak sukar dan jika mengupah orang, pasti harganya lebih mahal. Tetapi, kini, sudah ramai yang hanya melakukannya sendiri secara diy kerana ia lebih menjimatkan kos dari mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Rizalmi. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy ruang tamu yang cantik dan kreatif.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Alhamdulillah. Siap juga akhirnya. Idea ambil di dalam group Facebook. Terima kasih semua.
Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada bahagian bawah dinding ruang tamu rumahnya. Selepas itu, kayu tersebut dicat dengan warna putih. Cermin pada dinding tersebut dibeli secara online. Ukuran jarak dari lantai ke panel tengah itu adalah 4 inchi atau 10 cm.
Bahagian dinding setelah dilakukan sedikit dekorasi dengan menggantung hiasan pada dinding. Cat yang digunakan adalah jenis Jotun softskin berkod 10580. Dinding ini menggunakan konsep Shiplap.
Keadaan bahagian tangga setelah selesai dipasang wainscoting.
Pandangan penuh ruang menonton tv.
Sejujurnya, pemasangan wainscoting pada bahagian tangga memang agak sukar dan perlu kesabaran yang tinggi. Biasanya hanya pakar sahaja yang mampu melakukan proses sebegini. Tetapi untuk kali ini, pemilik rumah ini melakukan dengan sendiri dan hasilnya seperti seorang yang pakar.
Bahagian Panruang tamu setelah diubahsuai.
Pandangan penuh bahagian langsir ruang tamu tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari inspirasi untuk melakukan ubahsuai secara diy rumah kediaman anda. Semoga bermanfaat.