Diwaktu kawalan perintah pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini. Orang ramai hanya dibenarkan untuk menghadkan pergerakan. Jadi masa sudah tentu akan lebih banyak berada di rumah. Jadi untuk memanfaatkan masa ketika di rumah tidak salahnya jika anda cuba melakukan diy bagi mencantikkan ruang tamu kediaman anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dka Rby. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy cermin wainscoting guna barang dari Shopee.
Jom ikuti perkongsian deco ruang tamu dengan cara diy yang agak menarik ini.
Alhamdulillah siap projek cermin wainscoting PKP.
Buat sendiri sahaja dan buat-buat tengok sahaja.
Yang banyak siapkan encik suami. Terima kasih encik suami barang-barang semua beli dekat Shopee. Maklum la musim Covid19 ni.
3 hari 3 malam dia punya semangat nak siapkan projek ni akhirnya membuahkan hasil juga.
Ini adalah keadaan ruang pada bahagian dinding semasa proses pemasangan cermin wainscoting dilakukan.
Link Shopee Barangan Yang Digunakan :
Ini pula adalah ketika pemasangan bingkai wainscoting mirror sedang giat dijalankan.
Keadaan semasa proses pemasangan bingkai besar.
Bingkai tersebut dilekatkan dengan menggunakan gam X Bond.
Cermin wainscoting telah siap dipasang.
Pandangan lebih jelas keadaan cermin dinding wainscoting.
Bahagian ruang makan selepas lampu LED dipasang pada bingkai wainscoting tersebut.
Jenis lampu yang digunakan adalah ECO series.
Keadaan ruang tamu pada waktu malam.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan diy cermin wainscoting di rumah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.