DIY Privacy Gate Daripada Papan Plank Sewaktu MCO 2.0

Ditulis oleh

Siapa yang suka kalau privasi dirumah terdedah akibat pagar rumah tersebut sangatlah open dan terbuka. Nak buat apa-apa pun mesti fikir 2 kalikan? Jadi, solusinya ialah dengan melakukan sebuah DIY privacy gate macam yang dilakukan Khairil Azaham Aris.

Beliau melakukan projek diy pagar privasi dengan menggunakan papan plank yang biasa dilakukan untuk lakukan pagar privasi. Jika anda ingin melihat hasil sebelum dan selepas pagar ini dilakukan. Jom kita lihat perkongsian yang dikongsikan oleh Khairil Azaham Aris ini.

Cara Mudah Untuk Lakukan Privacy Gate Secara DIY Daripada Papan Plank

Kerje DIY 2 hari lepas sesi mco 2.0. Buat pakai papan plank (urat) lebihan dinding rumah dulu. Plank ni panjang 12ft jadi nak sesuaikan tinggi pagar 51 inci dapat 2 keping je sepapan tu.

Welding besi alang 1x1inch belakang tu untuk skru. Pagar hijau asal tak buang. Tindihkan je terus. Siap cat putih.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Proses Untuk Melakukan DIY Privacy Gate Ini

Kalau ade pagar hijau macam ni, elok cat dulu depan belakang sebelum gantung nanti payah dah nak cat belakang.

DIY Privacy Gate

Untuk potong papan planking ni pakai grinder je tapi pakai mata potong tiles. Hati-hati jangan kene tangan sudah.

Ramai tanya apa fungsi lubang bawah tu. Itu lubang untuk baca meter air.

DIY Privacy Gate

Besi 1x1 tu welding ke tiang asal pagar. Pagar hijau asal tak buang pun. Sayang rasa nak cabut, jadi kita tindih terus.

DIY Privacy Gate

Pakai skru besi camni ekor die pipih. Sebab tindih pagar hijau jadi pakai yang panjang sikit 1 1/2 inci. Kalau 1 inci tak sampai. Kalau 2 inci nanti besi tu tembus sampai belakang. Tak cun nnti karat belakang.

Sumber : Khairil Azaham Aris

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 13, 2022
Dikemaskini pada
Januari 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram