Penghasilan wainscoting mengikut gaya dan kreativiti tersendiri sering dilakukan oleh pemilik rumah pada ketika ini. Hal ini kerana, apabila melakukannya dengan sendiri, ia lebih menjimatkan kos serta dekorasi dan corak yang dihasilkan akan membuatkan kita lebih berpuas hati. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Megat Sarulrizal Abd Latiff. Perkongsiannya pula adalah mengenai penghasilan dinding wainscoting pada ruang tamu.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian DIY yang sangat menarik ini.
Duduk tak tahu nak buat apa jadi cuba la buat wainscoting.
Untuk melakukan wainscoting mengikut cara dan gaya tersendiri, perkara yang paling utama adalah dengan melakar terlebih dahulu design yang ingin dihasilkan.
Selepas selesai melakar design, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan membeli kayu, kemudian, potong hujung dia dengan skala 45*. Kayu tersebut dibeli dari kedai kayu yang menjual kayu pallet/pine harga dalam rm9-15. Kalau mahu beli secara online pun boleh. Dekat Shopee ada jual.
Proses-proses mengecat kayu wainscoting ini juga dilakukan sendiri.
Ini adalah semasa setting out dilekatkan dengan masking tape untuk tetapkan layout pada dinding tersebut.
Proses setting out selesai pada bahagian atas, tinggal bahagian bawah sahaja lagi. Cermin yang digunakan dibeli dari nilai 3, Selangor.
Apabila sudah tetapkan dengan baik, barulah lekatkan dengan gam. Gam yang digunakan adalah Xbond.
Tips :
Letakkan gam pada bahagian tengah kayu dengan nipis secukup rasa bagi mengelakkan gam terkeluar dan meleleh tepi kayu tersebut.
Ini adalah semasa proses untuk dapatkan center frame dekat bawah itu.
Pasang di tengah-tengah kiri dan kanan. Bahagian hujung center tengah itu, ukur panjang dinding ambik titik tengah dan ambik titik tengah frame.
Ini pula adalah proses level, kena pakai timbang air kalau ada leser lagi mudah.
Kerja-kerja melevel diteruskan lagi.
Siap. Hasil wainscoting yang dilakukan secara DIY.
Proses ini dilakukan dalam lingkungan 4 hari kerana pada waktu pagi beliau work from home, malam baru buat.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.