Idea Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad Bertemakan Putih "Timeless"

Ditulis oleh

Sudah menjadi impian setiap pemilik rumah untuk memiliki rumah kediaman yang cantik dan selesa. Walaupun rumah yang anda diami ketika ini kelihatan sangat lusuh dan lama, itu tidak bermakna ianya akan kekal kelihatan seperti itu. Perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini adalah dari Zuriati Abdullah. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco rumah kos rendah ruang terhad bertemakan putih "Timeless".

Apa yang membuatkan perkongsian ini menarik adalah, konsep dekorasi yang dilakukan sangat simple dengan hanya menggunakan dua warna sahaja iaitu warna putih pada bahagian ruang tamu dan warna hitam putih pada bahagian ruang dapur. Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian keadaan sebelum dan selepas dekorasi rumah.

Idea Deco Rumah Kos Rendah Ruang Terhad

Keadaan sebelum dan selepas rumah kos rendah dibeli. Rumah kecil terpaksa main warna putih supaya nampak mewah.

 

Ini adalah keadaan ruang tamu rumah semasa dibeli. Jelas kelihatan agak sederhana dan lusuh.

deco ruang tamu

Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumah setelah selesai ubahsuai dilakukan dengan bertemakan warna putih yang sangat menarik.

deco ruang tamu

Keadaan bahagian tangga sebelum diubahsuai, kelihatan agak tidak tersusun dengan rapi.

Keadaan bahagian bawah tangga selepas diubahsuai. Jauh perbezaan jika dilihat keadaan sebelum dan selepas. Cukup cantik dan menarik.

Keadaan ruang tamu menonton tv dengan deco simple tapi cukup kemas.

Keadaan ruang bahagian dapur sebelum diubahsuai.

deco ruang tamu

Keadaan ruang bahagian dapur selepas ubahsuai selesai dilakukan. Walaupun hanya menggunakan tema warna hitam dan putih sahaja, tetapi sudah cukup menghasilkan satu dekorasi rumah yang kelihatan ceria.

deco ruang tamu

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 8, 2022
Dikemaskini pada
Januari 8, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram