Siapa tidak gembira apabila dapat mengubahsuai rumah sendiri dengan dekorasi yang diinginkan. Walaupun hanya tinggal di rumah kecil sekalipun, ia bukanlah menjadi penghalang untuk anda dalam cuba ubahsuai dan deco rumah kediaman tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari Yazid A. Razak. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover simple rumah kecil berkeluasan 810sqft.
Jom ikuti perkongsian menarik ini,
Alhamdulillah.
Akhirnya selesai juga deco dan ubahsuai rumah kecil sahaja. Barang tak boleh banyak takut sendat rumah. Lama mengidam nak rumah sendiri dan akhirnya tercapai juga impian.
Tak pandai sangat deco jadi buat simple sahaja. Cukup la untuk kami berdua dulu. Rumah kecil ini berkeluasan 810sqft. Bar stool je belum sampai lagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Ini adalah keadaan ruang rumah yang baru dibeli sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai sudah mula dilakukan.
Proses ubahsuai ruang tamu sedang giat dilakukan.
Ruang tamu selepas dideco.
Keadaan ruang tamu dan ruang makan setelah selesai dideco.
Ruang makan setelah selesai dideco.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang dapur semasa proses mula dilakukan dengan menampal wallpaper pada bahagian dinding.
Ruang sinki semasa proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang dapur dari pandangan luar.
Keadaan ruang dapur setelah hampir siap dilakukan ubahsuai.
Keadaan ruang dapur setelah proses selesai dilakukan dengan gaya baru yang cukup cantik.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang sangat cantik dan menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mendeco.