Apabila bercakap mengenai untuk menyewa rumah, kita sebagai penyewa haruslah menjaga keadaan luaran dan dalaman rumah sewa tersebut. Janganlah apabila kita menyewa rumah, habis semua keadaan dan juga barang didalam rumah sewa tersebut dirosakkan atau dimusnahkan.
Siapa tak marahkan apabila rumah papan kita bagi sewa tersebut tetiba dimusnahkan begitu sahaja oleh penyewa. Namun, itulah yang berlaku kepada rumah ibu mertua Yanie Shafiin ini apabila dikejutkan dengan keadaan dalaman rumah yang sangat teruk dan diselerekkan oleh penyewa terdahulunya.
Jadi, daripada bagi rumah ini disewa balik, beliau memutuskan untuk melakukan makeover rumah papan tersebut. Menurut beliau, idea makeover ini tercetus apabila ibu mertua mereka menyuarakan ingin melihat rumah lamanya. Jom kita tengok hasil makeover tersebut.
Teratak peninggalan orang tua. Dari terbiar kini menjadi syurga buat kami sekeluarga.
Rasa sayang jika dibiarkan rumah sebegitu rupa. Maka kami memutuskan untuk membuat transformasi yang bermula hujung tahun 2017. Barang dibeli secara sendiri.
Sehingga sekarang masih banyak yang perlu dibaiki. Namun, bak kata pepatah " sikit-sikit lama lama jadi bukit ". Apabila melakukan makeover secara sedikit demi sedikit ini pasti akan membuahkan hasil. Malah kami sendiri tidak percayai akan hasil kami ini.
Macam mana perubahan dan juga transformasi yang ditunjukkan didalam artikel kali ini? Cantik kan hasil yang dilakukan oleh Yanie dan suaminya ini. Tempoh diperlukan memakan masa 2 tahun untuk disiapkan sebegini termasuk membaiki beberapa barang yang rosak. Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber : Yanie Shafiin
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- Cara Pemasangan Stiker Vinyl Viral Menghasilkan Corak “Herringbone Style”