Walaupun rumah lama dah nampak tampak usang, namun disinilah kita membesar dari kecil sehingga sekarang, lebih-lebih lagi rumah yang ibu bapa masih tinggal dan menghabiskan masa tua mereka disana. Jadi, ia bukanlah sebab untuk kita tidak dekorasikan balik rumah supaya ia nampak lebih luas dan menarik.
Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak-anak dan menantu mereka nak hias rumah yang suram kepada yang lebih cantik. Tak perlu nak habiskan ribu-riban, makeover yang simple-simple je asalkan ada perubahan daripada asyik dengan yang lama.
Insyaallah, kalau kita tak berkira dengan ibu bapa, mesti rezeki bergolek datang kat kita. Jadi, jom kita ikuti satu perkongsian yang dibuat oleh pasangan ini yang makeover rumah ibunya di felda. Haa, lepasni bila dah hias nanti sejuk je mata memandang.
"Assalamualaikum semua. Sy nak kongsikan hasil make over yang saya dan isteri buat untuk ruang tamu dan bilik tidur rumah papan Felda mak saya. Semoga bermanfaat untuk semua.
GAMBAR DALAMAN RUMAH SEBELUM MAKEOVER DILAKUKAN
Berikut merupakan keadaan rumah felda milik ibu pada asalnya. Kesemuanya dinding adalah kayu yang kosong dan kelihatan sangat suram.
HASIL SELEPAS MAKEOVER RUMAH IBU
Bahagian Ruang Tamu
Ini merupakan bahagian ruang tamu rumah felda ini. Kami mengecat bertemakan warna "soft blue" kerana ia menampakkan ciri-ciri konsep rumah kampung klasik.
Rona biru lembut untuk bahagian dinding rumah.Pokok hiasan buatan penyeri ruang
Kemas dan lapang.Ruang yang luas
Kain langsir juga perlulah warna rona natural agar ia masuk dengan warna biru tersebut.
Bahagian Bilik Tidur
Tona warna biru untuk ruang bilik
Ruang bilik nampak luas setelah makeover ini dilakukan.
Macam mana dengan hasil makeover rumah felda ibu ini? Agak-agak ada terinspirasi bukan? Jom sama-sama buat berpakat dengan adik beradik buat sama-sama. Yang penting ikhlas nak cantikkan rumah mak ayah agar nampak cantik.
Kredit : Ferdaus Ahmad