Jika dirumah anda ada sebuah pintu dalam keadaan yang baik namun kelihatan tidak cantik dan buruk, usah risau kerana anda boleh lakukan sebuah makeover terhadap pintu buruk tersebut. Pintu rumah dalam keadaan yang elok namun kelihatan buruk janganlah dibuang.
Lakukan makeover pintu tersebut macam yang dilakukan oleh wanita bernama Fiza ini. Pintu tersebut masih lagi dalam keadaan baik dan tiada sebab kukuh untuk membuangnya. Elok lakukan makeover pintu agar ia kelihatan seakan-akan kembali baharu.
Inign mengetahui bagaimana makeover ini dilakukan? Jom kita lihat perkongsian daripada Fiza ini langkah demi langkah untuk mengubah pintu yang kelihatan buruk ini kembali kelihatan premium dan elegan kembali.
Harini saya nak share makeover pintu rumah pula, dengan bajet kurang dari rm20. Zaman sekarang kene berjimat, tapi bukan bermaksud tak boleh hias rumah. Saya pun dapat idea dari orang lain yang share, so saya share hasil saya mengecat guna warna black matte sesuai kan dengan tema rumah.
Dulu ade pasang niat nak tukar pintu sebab takl berkenan warna nya, tapi pintunya masih elok lagi. So rasa membazir. Maka kita pun cat je lah, tu pun tak makan masa yang lama nak siap kan.
Saya cat during lunch hour, since masih wfh lagi. 2 hari dsh siap, kering elok sbb cuaca panas dalam 3 jam je dah kering.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk rakan2 yang nak deko pintu, save budget & tak makan masa yang lama nak buat. Rasanya klau pakai roller lagi cepat siap, tak sampai 2 jam lebih kot
Proses Dalam Melakukan Makeover Pintu Yang Lama Ini Menjadi Baharu
Proses dimulakan dengan mengecat pada bahagian hadapan pintu ini. Ni first day mengecat. Cat yang digunakan adalaha LSC black matte.
Ok done mengecat pada sebelah depan. Esoknya bru sambung sebelah belakang. Untuk cat ni makan masa kurang dari 1 jam dah siap sebelah pintu.
Sebelah belakang pun dah siap, mula2 ingat nak cat pintu je tapi nampak pelik pula frame pintu tu warna lain, so cat skali lah.
Hasil Akhir Makeover Pintu Buruk Yang Dilakukan Ini
Pintu asal ni elok lagi tegap takda apa-apa masalah, cuma masalah apperance je.
Dah cat terus nampak pintu ala muda remaja gitu. Memang suka warna hitam untuk deko2 rumah, sebab ade askar kecik 3 orang yang suka ‘warna’ kan rumah.
Sumber : Fiza