Melakukan sebuah makeover dan juga dekorasi rumah kos rendah ini sememangnya senang untuk dilakukan. Daripada rumah yang nampak buruk akan nampak baharu. Tambahan pula, kos juga tidak tinggi kerana ramai juga yang melakukan dekorasi rumah menggunakan barangan daripada Shopee.
Seperti yang dilakukan oleh Mohamad Khusaini Hamizatun ini, beliau berkongsikan gambar sebelum dan selepas rumah kos rendah mereka yang telah dilakukan makeover. Dekorasi juga sangat cantik kerana ia menerapkan konsep minimalis. Jom kita tengok perkongsian daripada Mohamad Khusaini ini.
Alhamdulillah. Mungkin rezeki anak2 kami berdua. Walaupon rumah kami ni hanyalah kos rendah namun kami tetap bersyukur. Hasil sebelum & selepas rumah kami dan melakukan sedikit deco. Ni hasilnya
Keadaan Rumah Sebelum Hasil Makeover Dilakukan
Sebelum kami tunjukkan hasil dekorasi yang dilakukan, kami ingin kongsikan keadaan rumah ros rendah yang asal pada awal pasangan ini berpindah kesini.
Bahagian dalaman rumah. Terkejut ada rak tempat roti ada didalam rumah tersebut.
Bahagian tandas. Seram jer tengok.
Bahagian dapur rumah ini. Nasib baik semua masih elok. Boleh diguna lagi.
Hasil Dekorasi Rumah Kos Rendah Yang Dilakukan
Inilah dia hasil deko yang kami lakukan ini. Yang pertama ialah kami ubah pagar depan ini. Kos untuk melakukan ini adalah dalam RM3K.
Beralih kepada dalamn rumah pula iaitu bahagian tetamu rumah kami. Banyak barangan didalam ini kami beli di Shopee. Maklumlah shopee ni banyak sangat racun. Bahagian dinding pula saya guna cat san cora.
Beralih pula kepada bahagian ruang makan pula. Disini ruang untuk kami sekeluarga makan bersama-sama. Lampu gantung dan meja makan pula pun beli di shopee. Hehehe
Bahagian bilik mandi yang telah diubah.
Seterusnya, kita beralih kepada bahagian dapur pula. Untuk dapur ni saya gunakan wallpaper stiker dan juga bindai yang viral.
Bahagian tangga yang menuju ke bahagian atas rumah kami.
Sumber : Muhamad Khusaini Hamizatun Hasnur