Semua orang memasang impian untuk memiliki bilik air yang kelihatan cantik dan menarik. Lagi-lagi apabila kawasan bilik air di rumah anda sudah lama tidak diubahsuai dan dicantikkan dengan gaya baru. Tetapi, bukan semua orang memiliki bakat dalam melakukan ubahsuai kediaman mereka, ada juga yang cuba lakukan sendiri tetapi hasilnya kurang memuaskan, Jadi, sekiranya anda tidak begitu mahir dalam melakukan kerja pertukangan, anda boleh mengupah pereka design dalaman rumah yang cukup arif di dalam dunia ubahsuai dan dekorasi ini. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Wani Ziwani. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover bilik air utama lama kepada gaya elegan mewah.
Jom sama-sama kita saksikan gambar perkongsian projek ubahsuai tandas yang menarik ini.
Sebelum dan selepas ubahsuai tandas utama.
Alhamdulillah sudah selesai.
Keadaan lantai bilik air sebelum diubahsuai. Ketika ini adalah proses pecahkan lantai terlebih dahulu untuk ditukarkan kepada gaya baru yang menarik.
Lantai yang dipecahkan tadi dicuci dan dibuang.
Proses mengukur dilakukan pada bahagian pintu kerana ingin dipecahkan untuk pemasangan suiz.
Bahagian dinding pintu tersebut selesai dipecahkan.
Keadaan pintu setelah selesai dinaikkan jongkong bata kembali.
Bahagian dalaman tandas semasa dalam proses ubahsuai.
Hasil selepas bilik air ini diubahsuai. Cukup cantik dan kelihatan sangat elegan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari idea untuk ubahsuai bilik air rumah anda. Semoga bermanfaat.