Siapa yang tak suka kan untuk memiliki dapur yang cantik dan nampak elegan kan? Tambah-tambah lagi kalau dapur tersebut di dekorasi dengan konsep yang sangat simple dan cantik. Disini min ada ingin kongsikan makeover bahagian ruangan dapur rumah flat kepada anda semua.
Makeover ini dilakukan oleh Aishahafiza Mohd Yusof dan beliau telah berkongsikan hasil makeover tersebut didalam grup facebook "Kelab Kaki Deco". Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi yang positif antaranya ialah yang mengatakan dapur tersebut nampak kemas dan selesa.
Jadi, kepada anda yang ingin melihat hasil sebelum dan selepas makeover bahagian dapur ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Aishahafiza Mohd Yusof ini.
Haritu saya ada share beberapa deko ruang tamu. Jadi, ada kawan2 yang nak tengok deko dapur saya pula.
So hari ni saya share deko dapur. Konsep simple senang dan kemas. Rumah flat keluasan 750sf. Ini deko dapur sebelum dan selepas pasang kabinet.
Gambar Keadaan Dapur Yang Asal Sebelum Makeover
Inilah dia keadaan rupa dapur yang asal pada awal-awal berpindah kesini. Dapur sebelum ni lebih kearah bajet jer, untuk lantai dulu hanya guna tikar getah yang biasa.
Bahagian ruangan memasak dah okay jadi biarkan macam tu. Untuk bahagian skirting tu saya guna velcro tape jenama 3m.
Bahagian ni yang paling serabut sangat. Tengok pun dah rasa geram jer barang atas rak tu.
Gambar Ruangan Dapur Selepas Makeover
Tadaaaaa! Inilah dia hasil air tangan sendiri makeover yang dilakukan diri sendiri. Total untuk buat kabinet besar tu dah hampir mencecah 9k. Lantai pula ditukarkan daripada tikar getah, saya gunakan lantai vinyl. Senang dan mudah digunakan.
Sumber : Aishahafiza Mohd Yusof